My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Sunday, May 23, 2010

Malam ini...

Entah mengapa malam ini kurasa teringin benar menulis. Apa yang ingin kutulis, aku sendiri kurang pasti. Tentang perasaan? Aku sendiri pun tidak pasti dengan perasaan sendiri. Perasaan dirasa bercampur-baur. Semuanya dirasakan pada satu masa. Teringin sekali aku mnegarang kisah cinta. Kisah yang penuh kasih sayang dan pengorbanan. Malang buatku kerana aku tak pernah merasa begitu. Bagaimana harusku tulis sedang aku tidak mampu membayangkan. Beratus cerita cinta kubaca, kutonton dan kudengar tapi tak satupun mampu memberiku RASA. Mungkin aku sendiri perlu mengalaminya. Mungkin patut kubuka sedikit pintu hati agar aku bisa sedikit merasai. Cinta, hadirlah. Terangi aku dengan sinarmu. Kasih, dekatilah. Ingin sekali kusentuhmu. Temani siang malamku biar kutahu aku punya kamu.

Saturday, May 22, 2010

Satu dari jutaan IMPIAN (sukar untuk ditunaikan)

Aku punya banyak impian. Diantara berjuta impian, aku selalu mengidamkan berdua berjalan berpasangan. Perlahan menuju ke pantai. Dihembus sang bayu bersaksikan pohon nyiur melambai. Di usia dewasa ini, aku seakan terperangkap dalam kisah semalam. Setiap langkahku dibayangi kenangan silam. Aku jadi buntu. Ibarat dipenjara cerita lalu. Puas aku mencari mana silapku sehingga aku sering dibelenggu. Aku pernah cuba untuk bercinta. Mencari erti sebenar cinta yang kononnya karya agung yang dicipta untuk umat manusia. Malang buat aku, sering gagal sebelum sempat bercinta. Impian yang kini menjadi kenangan. Mungkin cinta itu tidak pernah tercipta untukku.