My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Thursday, July 29, 2010

Tentang Kamu Yang Aku Kurang Mengerti

Apa mahumu? Apa niatmu Kenapa aku? Kau punya rupa Muda remaja Pandai bergaya Bijak berbicara Sedang aku jauh usia Tidak jelita Tak punya apa Fahamkan aku Yakinkan aku Tegaskan padaku pendirianmu Agar aku lebih mengerti

Sunday, July 25, 2010

Dilema Cinta Dia

Dia memang baik. Seorang yang kelakar dan pandai ambil hati. Walau tutur katanya kadang-kadang buat hati kecilku terusik, aku masih selesa berbual dengannya. Hampir setiap malam kami berbual di telefon. Pesanan ringkas, apatah lagi. Asal ada masa terluang dia pasti mengirim pesanan buatku. Memang bukan mesej romantis tapi sudah cukup untuk buat aku tersenyum. Jujur aku katakan, aku senang dengan kehadirannya dalam hidupku. Aku kini sudah punyai teman untuk berbual dan bertukar pendapat. Bukan aku tidak punya teman lain, tapi masing-masing punya kehidupan sendiri dan kerjaya yang perlu diutamakan. Aku faham kerana aku juga begitu. Cuma buat masa ini kurang projek yang perlu aku uruskan mungkin kerana itu aku berasa kosong. Mujur ada dia yang menemani hari-hariku. Pada mulanya aku fikir dia cuma sekadar bergurau. Satu pejabat gelakkan dia apabila setiap kali aku melalui bahagian operasi, pasti kedengaran suara-suara sumbang mengejeknya. Sewaktu seorang teman memberitahu bahawa dia meminatiku, aku buat tak endah. Mustahil bagiku, seorang lelaki muda yang sebaya usianya dengan adikku meminati malah mengaku menyayangiku. MEREPEK!!! Masa berlalu dengan pantas. Aku sudah semakin mengenali semua kakitangan syarikat walaupun tidak semua pernah aku jumpa. Aku juga semakin mengenali dia. Sukar untuk aku buat dia faham bahawa aku tak mungkin akan bersamanya. Puas aku terangkan bersama contoh-contoh mudah mengenai betapa jauhnya beza umur kami. Sedikitpun dia tidak endah. Aku jadi risau. Di hadapan teman sekerja yang lain dia seakan bangga kerana berjaya dekat denganku. Semakin hari, semakin rapat hubungan kami. Aku jadi risau. Benteng yang kuletak di antara kami seakan goyah. Kepada Tuhan aku memohon agar ditunjukkan jalan supaya tidak aku terus hanyut dalam arus perasaan. Dia memang bertanggungjawab. Pada zahirnya, dia memang tampak seperti tidak serius. Hakikatnya, dia tidak pernah bermain-main jika melibatkan soal kerja, keluarga dan AKU. Pernah suatu ketika aku berkata padanya mengenai beza umur antara aku dan dia. ;Kau dan aku jauh sangat beza. Bayangkan pada ketika aku berumur 15 tahun dan kau baru saja berumur 11 tahun. Selesai masak, aku kena jerit panggil kau balik untuk makan. Kau pula berlari-lari anak pulang dari bermain bola lalu terus ke dapur untuk makan. Betapa jauhnya beza umur kita." kataku. Dengan tiada perasaan lalu dia menjawab,"Itu kisah 10 tahun lalu. Sekarang aku bukan budak 11 tahun. Aku mampu mengurus kerja dan anak buah yang berumur jauh lebih tua dari aku. Aku percaya tidak akan ada masalah antara kita." Mendengar jawapannya aku seperti mati kutu. Biar macam manapun aku tegaskan bahawa aku terlalu tua untuknya, dia masih lagi dengan pendiriannya. Katanya, walau usia kami jauh berbeza, tapi ketika kami berjalan bersama, aku kelihatan tiada beza dengannya. Seperti sebaya. Malah, bosku juga sering mengejekku dengan memanggilku "budak". Kini aku bingung. Aku menjadi tidak yakin terhadap diriku sendiri. Aku percaya, perasaan yang aku alami bukan cinta. Aku akui aku senang bersamanya tapi untuk cinta, aku tak pasti.Haruskah aku menerima untaian kasihnya atau kubiar dia bersama cintanya? Dilema cinta dia.