My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Monday, November 4, 2013

Tiada Jiwa

Fuhhhh! Bersawang sudah ruangan meluah rasa. Kini, aku kembali dengan kisah bosan yang acapkali aku kongsikan.

Bertahun menyepi. Aku cuba kaedah lain mengenal dunia. Jikalau sebelum ini aku menulis dengan begitu penuh perasaan berselang emosi yang terlampau sehingga terdapat kesalahan ayat juga tanda baca yang merapu, kali ini aku ingin lebih matang dalam menyampaikan isi. (Kononlah)

Tiada jiwa. Tajuk yang aku rasa begitu umum. Mungkin ada yang mengharapkan suatu kelainan yang bersifat drastik dalam tulisan kali ini tetapi maaf kiranya ada yang hampa. Bagi chance sikit la. Nak kena warm up dulu... Biar selesa jari menari. Baru boleh meriahkan isi. Baiklah, cukup dengan mukadimah yang sedikit menjengkelkan.

Bila bicara tentang jiwa, apa yang kalian fikirkan? Apa yang dapat kalian gambarkan? Emosi yang membuak-buak? Sesuatu yang hadir dari lubuk hati yang paling dalam? Sesuatu yang sukar untuk dijelaskan? Mungkin benar. Aku tak punya jawapan tepat untuk itu.

Bagi aku, jiwa itu menyimpan sesuatu yang tak mampu aku luah. Tersemadi rasa dan rahsia antara aku dan diriku. Pening? Oh, abaikan saja metafora terlampau dan teruskan pembacaan. 

Aku tiada jiwa... Selama dua tahun aku hidup seakan patung. Ibarat si bodoh yang cuba mengikut rentak dunia tanpa ada hala tuju. Aku hidup seakan hilang objektif. Mendekati sang pencipta, aku beransur tenang. Bila nikmat dunia berjaya menutup hati dengan semua hiburan melalaikan, aku kembali menjadi si bodoh. Begitu rapuh hati ini dek godaan dunia.

Bila difikirkan kembali, mungkin aku perlukan suasana baru. Persekitaran baru. Kenalan baru. Bersifat lebih positif dan independent. Aku mahu cari diriku yang dulu. Aku mahu kembali hidup di bawah timbunan buku dan artikel sendu. Membenarkan ruang privacy dalam hati ini diceroboh buat aku lemas. Hati koyak. Calar. Jiwa terasa seakan menghilang. Mungkin didesak meninggalkan ruang hati. Aaaarrgghhh!  Serabut. 

Mungkin sudah tiba masa untuk aku keluar dari kepompong hidup yang tidak produktif. Mencari hala tuju hidup sebenar. 

Andai saja ku punya sayap, ingin ku terbang tinggi ke awan melihat bumi. Biar terbuka mata juga hati. Biar ku jumpa semua solusi. 

Oh jiwa... Ke mana saja engkau pergi...

Saturday, July 13, 2013

Persepsi: Solat Istikharah dan Jodoh

Terasa lama tak ku jenguk halaman ini. Hati terasa kosong. Walau ada sisa yang menghuni hati tapirasanya tak terluah. 

Peryataan dari sahabat di laman sosial semalam seakan bermain-main di fikiran. Solat istikharah. Ya, sesuatu yang belum pernah aku cuba. Kuceritakan pada teman sepejabat. Mereka cuma memandang dengan senyuman. Persepsi tentang solat istikharah seakan terlalu skeptikal. Biasanya orang akan kata solat istikharah dibuat ketika hati ini tak tahu memilih. Sedang aku sememangnya tak punya seorang calon pun untuk dipilih. Atau mungkin hati lama dibiar kosong. Makanya, kekosongan itu sudah bukan lagi menjadi isu besar. 

Pagi ini seusai bersahur, aku cuba mencari maklumat mengenai solat istikharah. Mulanya sekadar ingin tahu tujuan dan caranya. Tangan ligat mencari menaip dan mata pantas membaca. Dan akhirnya semua terhenti seketika tatkala terbaca mengenai "Perbezaan Suka, Sayang dan Cinta" hasil tulisan Tengku Fariduddin di HarianIslam.com. Bertahun lamanya aku mencari perngertian sebegini. Benar kata orang, membaca jambatan ilmu. Tak sia-sia minat membaca yang diterap sejak kecil ini. 

Membaca artikel sedemikian buat aku berfikir sejenak. Ya, aku sememangnya pernah sayangkan ramai individu yang pernah singgah di hati. Dan masih tetap menyayangi. Merekalah sahabat. Walau di mana mereka berada, terlalu sukar untuk kulupa kenangan bersama. Jatuh bangunku. Tawa nangisku. Susah senangku. Syukur pernah mengenali insan-insan yang istimewa seperti mereka dalam hidupku. Kini, masing-masing punya kehidupan sendiri dan aku? Masih sendiri. 

Cinta? Aku buta mengenalnya. Walaupun ianya adalah sesuatu yang dahulunya terlalu ingin ku rasa. Yang acapkali disebut-sebut teman diawal usia remajaku. Ada yang mendefinisikan cinta itu indah. Ada yang mengatakan cinta itu derita. Ditambah pula dengan drama-drama cinta yang sering disiarkan di stesen-stesen televisyen. Cinta yang digembar-gemburkan itu terlalu banyak halangan dan rintangan. Cerita-cerita cinta sebegini secara tidak langsung membuat aku paranoid. Aku menolak semua hati yang datang bersama cinta. Aku jadi seksis. Persepsi terhadap kaum Adam terlalu teruk sehinggakan aku lebih utamakan kerjaya berbanding kehidupan sosialku. Bagiku, cinta pasti diiring dengan air mata. Sebelum hati ini kuat untuk menerima cinta, aku fikir elok aku bersedia. Istilah "cuci kaki" selepas berkahwin bukan untukku pada awalnya. 

Mungkin aku menolak cinta tetapi aku tak menolak perkahwinan. Aku tahu dan sedar kepentingan sebuah perkahwinan. Cinta itu satu rasa yang boleh dipupuk. Bercinta selepas berkahwin bukan perkara pelik dalam masyarakat kita. Jadi, bukan satu masalah bagi aku untuk berkahwin tanpa cinta. Tika usia menginjak dewasa, aku semakin faham erti cinta. Masih, aku tak punya kekuatan untuk memberi atau menerima cinta. Pernah kuusulkan pada kedua orang tuaku. Meminta mereka yang mencarikan jodoh buatku kerana aku percaya pilihan orang tua adalah yang terbaik untuk anak. Akan tetapi usulku ditolak mentah-mentah. Mereka katakan bahawa mereka tidak mahu disalahkan sekiranya perkahwinan yang akan dibina bermasalah. Masa terus berlalu dan aku masih begini.

Artikel-artikel berkenaan solat istikharah dan jodoh yang dibaca hari ini telah membuka mata dan sedikit ruang hatiku. Semoga pintu hati yang telah lama tertutup rapat ini tidak karat dan masih boleh dibuka dan diintai dari luar. Atau mungkin akan datang si pemunya kunci yang bisa membuka hati dan terus mendiami hati yang bersawang ini. Hanya kepada Allah aku berserah agar Dia menemukan jodohku yang mampu membimbingku ke syurga-Nya. Amin...

Thursday, June 20, 2013

FLIRT???

Erk?!! Am I? Nah... No way! Well, I am not in any romance relationship. I am not bound into any lovey dovey or marriage contract. And I am free to befriend with anybody. Am I right? Just because of someone regularly texting me or chat with me via my social network, that does not mean I am having an affair. Duh! By the way, I never met any of them~

Ladies at my age. Most of them are happily married with kids. Some of them already in a steady relationship. Me? Hmmmm... I wish that I could be one of them but... I think I am better not.

Single and available pretty lady with no one special? People may perceive it...
"Lesbo?" or...
"Having serious illness?!!" or maybe...
" she flirt a lot but afraid of commitment"

Oh, HELLO!!! I have my own reasons. And you, Mr/Ms NOBODY, you are not in a stand to critique or to judge me. Why? Because you are not ME. You don't walk in my shoes. And you absolutely know nothing about me. So, you should better keep your mouth in a silent mode before your heart starts bleeding and you lost your courage to even lift up your face.

Do I live happily? Do I enjoy having this kind relationship? Woah!!! What kind of relationship are you talking about? Dude, I am just a normal person. My life is not only about me and my cyber/invisible friends. I am working lady. I have my career. I do socialize. Eventhough I don't really enjoy meeting people~ Having numbers of close friends and officemates, yeah I am feeling good. Happy is way too subjective. I am good when nobody questioning me how, what and when. Surrounded by people who care for me, yeah I am HAPPY. Alone? Lonely? I feel it too sometimes but I am NOT most of the time. Heeeeee~

So, as for the conclusion... I don't flirt. Till then, XOXO!

Wednesday, June 19, 2013

Our Bestfriend's Wedding -26/5/2013

Attending Deng's wedding day with Budd and Yodd.

Our journey heading to Kluang, Johor was started at 8am from TBS, Kuala Lumpur. After 3.5 hours journey, we arrived at Terminal Bas Kluang. At first, we are looking for local bus but luckily we met one "pakcik" who told us there were no longer available bus heading to Deng's house. He reccomended us to take a local taxi. We been charged for RM8 per car.

And, after 10 minutes... SURPRISE!!! Deng was so surprised and lost her words after meeting us at the front door. She still in her baju nikah with her super freak face. We managed to be at Deng's house before 12pm!

After makan-makan, borak-borak and having photo session with Deng and other friends, me, budd , yodd and kapi's family be headed to Kluang Station, where the most famous kopitiam in town was build for years. What makes the kopitiam so famous? Well, of course because of the coffee and the toasted bread. Jyeah, must try one if you get a chance. Really reccomended. The kopitiam always fullhouse and you may need to wait until there is available table for you. Since the weather was extreamly hot for me, I ordered iced coffee. Super COOL la,wei! What is the point we stop at the kopitiam if we are not ordering coffee, toasted bread and nasi le,ak right? Yeah, eating after eating. That is the best part of meting friends. Deng told me before that the sekaya is home-made recipe by the owner of the kopitiam. So do the bread. And the coffee also traditionally brewed. How? Ask the owner. Hikhikhik~

Thanks to our sweetheart, Kapi and her kind husband for a ride to Terminal Bas Kluang. Our bus back to KL was at 5pm. InsyaAllah we will arrive at 9pm.

Another journey to remember with deary friends. Sweet memory remains...
Till then, XOXO







Monday, March 18, 2013

Kusut

Tak tahu nak mula dari mana. Jiwa kacau semalam pun belum habis lagi, dah sambung dengan kusut. Aku bukanlah sempurna. Banyak yang kurang banyak juga celanya. Jangan pandang semacam aku mampu hadap semua. Aku cuma insan kerdil di mata-Nya.

Beban yang tergalas di pundak ini sudah buat aku jalan bongkok. Kupinta jangan ditambah lagi. Masing-masing sudah berusia. Aku percaya kita semua dikurnia akal yang matang. Jangan malas berfikir. Jangan pentingkan diri. Hidup kita takkan selalu senang. Aku tak minta diambil semua beban. Cukup sekadar tidak menambah.

Sekadar melepas keluh kesah.

Yang sedang KUSUT...

Sunday, March 17, 2013

Mindaku Serabut

Salam Ahad.

Oh, jiwa kacau. Serabut sungguh! Again, isu usia masih menjadi topik cerita sedih aku. Seakan hilang arah. Dikala usia yang semakin meningkat sepatutnya aku sudah capai beberapa cita-cita murni. Hampas. Dalam banyak-banyak impian, yang nyata terlalu sedikit untuk dibanggakan. Bakinya masih kekal sebagai mimpi.

Celaru. Tak tahu mahu fokus yang mana satu. Hati berbelah bahagi. Mengikut kata mereka atau teruskan impian sendiri. Terlalu banyak perkara yang perlu diambil kira. Aaaaaarrrgghhhhhhhh!

Rasa tersepit. Terhimpit. Ada masa yang ku rasa seakan sesak nafas. Menyesakkan! Dibelenggu perkara-perkara yang mebencikan. Aku tak bebas menjadi aku. Tidak mahu dikata tak tahu diuntung. Tak mahu juga dianggap "looser". Tak keruan.

Menifesto hidup yang terlalu mudah bukanlah penjamin yang menentukan perjalanan hidup mudah. Aku cuma mahukan hidup yang sederhana tanpa perlu menggalas banyak tanggungjawab.

Usia lewat 20-an bukanlah mustahil bagi sesiapapun memegang jawatan setinggi CEO. Bunyi semacam riak, kan? Percayalah... Jawatan itu bukan semudah dan seindah yang anda semua bayangkan. Kerja harus lebih kuat dari pekerja lain. Masa belajar dulu, tak terlintas langsung dalam kepala otak ni akan mengurus dan mentadbir syarikat. Kalau dari segi teorinya, nampak mudah kerja-kerja mengurus dan mentadbir. Hakikatnya? Oh, aku memang tak punya bakat. Penat!

Kan bagus kalau aku cuma perlu kahwin dan jadi suri rumah. Serba-serbi ditanggung. Tak payah perlu fikir kerja. Tak payah menghadap banyak kertas kerja. Sebutharga? Kertas cadangan? Oooh... Bilalah perlu berakhir semua ni.

Mengeluh di hari minggu? Maaflah. Aku perlu ini untuk menghadapi hari esok. Cabaran ekstra hebat menanti esok. Walaubagaimanapun, semoga hari esok anda baik-baik sahaja. Selamat berhujung minggu!

Luv!!!

Sunday, January 6, 2013

Ajari Aku Erti Cinta

Yang pertama untuk tahun 2013...

Untuk yang kesekian kalinya aku menulis. Ilham? Oh, haruslah seusai menonton cerita cinta dan kehidupan. Jiwang? Mungkin juga. Ahahahahaha~

Adakala aku terasa begitu aneh dengan diri sendiri. Bukan untuk membuka pekung di dada. Sekadar meluah rasa yang kurasa begitu membebankan jiwa. Menyempit dada. Semakin aku menonton dan membaca cerita-cerita tentang asam garam kehidupan, semakin aku menjadi realistik. Akan tetapi tatkala aku cuba mencari erti cinta, aku jadi keliru. Semakin aku tak faham erti cinta. Barangkali aku telah dikaburi dengan plot-plot cinta yang mengasyikkan dan keterujaan penulis cerita dalam menyampaikan naskah cinta ke layar. 

Secara jujur, aku mengaku tidak punya pengalaman tentang cinta. Cinta hanya kupelajari secara teori dari novel-novel, cerita dan hasil karya insan-insan seni. Untuk mengalaminya sendiri, aku tak berani. Terlalu banyak pengorbanan dan semacam terlalu menyiksakan. Mungkin benar kata sahabat. Jangan mudah terpengaruh dengan cerita rekaan kerana itu fantasi sang penulis cuma. Ya, mungkin ada benarnya.

Aku jahil tentang yang namanya cinta. Namun, aku bukan lagi anak kecil yang menerima pendapat tanpa perlu ku kaji kesahihan cerita. Seumur hidup ini telah kuhabiskan masa mencari cinta. Seperti yang sedia maklum, naskah-naskah cinta yang banyak terjual di pasaran menjadi manual dan buku teks cintaku. Dikala usia semakin lanjut, tanpa pernah ada sesiapa yang betul-betul singgah menemani hati... aku akhirnya membuat kesimpulan mudah. 

Cinta itu sesuatu yang boleh dipupuk. Ianya tak  akan pernah kekal andai tak disemai, dibaja dan dijaga dengan penuh perhatian. tak kiralah sama ada ianya terjadi sebelum atau selepas majlis akad nikah. Dan aku? Aku tak cari cinta. Di mana kira ku jumpa cinta andai cinta itu perlu dicipta? Andai saja ku bisa bertemu insan yang mampu menemaniku hingga ke akhir usia. Insan yang sudi bersama mencipta cinta. Cinta yang hanya kami berdua yang rasa.

Oh, andai saja cinta itu benar-benar wujud~