My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Monday, October 1, 2012

Aku Paranoid: Dia Semacam Tahu Sesuatu

Pada mulanya aku tak perasan kenapa dia tiba-tiba jadi baik sangat dengan aku. Aku tak rasa yang aku ada terhegeh-hegeh dekati dia. Bila fikir-fikir balik, mungkin dia terdengar perbualan telefonku bersama kawan rapatku. Aduh, malu pula bila fikir semula!

Kerana suara kuat macam pembesar suara, aku dah "kantoi"kan diri sendiri. Mungkin dia dengar bahagian aku teruja bila setiap kali terpandang wajahnya atau kelibatnya. Hati jadi tak keruan. Memang betul cumanya dia tak tahu kenapa aku sedemikian. Sebenarnya, wajahnya yang mirip pelakon kegemaranku yang jadi penyebab.

Alasan? Ikut logik, aku mengenali Encik yang kini kawan sepejabatku sudah hampir dua tahun. Simpan perasaan? Hmmm... Skandal dalam pejabat memang tak menarik perhatianku. Sejak aku melihat Encik Pelakon di kaca televisyen, aku seakan teruja melihat Encik Kawan Sepejabat. Dapat disimpulkan di sini, Encik Kawan Sepejabat hanya "substitute" atau pengganti kepada Encik Pelakon.

Bukan bermaksud aku tak suka pada Encik Kawan Sepejabat, tapi aku tak punya perasaan lebih dari bersahabat. Tidak dinafikan yang dia baik tapi kutekankan di sini, aku tak berminat dengan Skandal Dalam Pejabat. Errr... dia memang bujang tapi aku tak mungkin simpan perasaan padanya hanya kerana aku meminati pelakon pujaan.

Kalaulah mulut aku ni pandai perlahankan sedikit suara, rasa yang tak seronok ni pasti dapat dielakkan. Dan kalaulah aku tahu cara untuk buat dia faham yang aku sekadar suka berkawan dengannya... Oh, PARANOIDnya aku...

~~Encik Kawan Sepejabat ni ramai peminat cam Encik Pelakon. Untuk aku yang tak "hot" ni, tak payah  nak berangan sangat nak lepak sama. hikhikhik... XP