My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Wednesday, December 8, 2010

Keliru... Celaru

Aku sendiri tak faham dengan diri. Seakan hati dan akal tidak serasi. Benci. Aku jadi keliru. Otakku celaru. Aaaarrghhhhhh!!!! Aku suka dia. Aku sayang dia. Tapi cintakah aku pada dia? Apa itu cinta? Aku tak pernah bohong bila mengaku sayang. Sungguh aku sayang dia. Tapi sayang yang bagaimana? Dia mengaku sayang. Katanya sayangnya ikhlas buatku. Tapi kenapa aku sukar untuk percaya???? Hmmmm... Dia bukan jahat. Dia selalu temani aku. Tanpanya di sisi aku jadi rindu. Hairan. Kenapa aku masih tak boleh terima dia? Dia serahkan hati pada ku. Tapi hati ini takut manerima lantas menolak. Egokah aku? Aku sendiri tak faham apa yang telah terjadi padaku. Aku penat bermain teka-teki sendiri. Barangkali kecundang berjuta kali buat aku paranoid. Aku jadi takut dengan perasaan sendiri. Maka, seperti biasa aku akan hanya melihat kasih yang berlabuh itu pergi. Sedang aku tetap sendiri.

Friday, December 3, 2010

Semakin Hari, Semakin Sayang...

Pada mulanya, dia ku anggap teman biasa. Sekadar teman yang suka mengusik. Tapi entah mengapa, aku seakan suka dengan usikannya. Pandai betul dia menggugat rasa. Semakin hari, kami semakin akrab. Ada saja perkara yang hendak dibualkan. Kami bualkan hampir semua perkara. Dengannya aku begitu senang. Tidak perlu terlalu menjaga santun bicara kerana dia sememangnya begitu terbuka. Mungkin sikap terbukanya yang membuat aku selesa tatkala bersama. Paling aku suka bila setiap kali dia datang mengadu. Gelagatnya yang lucu ketika mengadu selalu buat aku tersenyum. Seperti segunung masalah berat yang melibatkan negara menghurungnya. Aku tahu kerjanya melibatkan negara, tapi bukanlah negara menjadi isunya. Biasanya masalah rakan sekerja dan bos yang menambah beban kerjanya. Dengan aku, dia senang bercerita. Maka, akulah tempat dia mengadu dan bercerita. Berkawan dengannya buat aku bahagia. Aku selalu rasa ada orang bersama tika saat suka dan duka. Dipendekkan cerita, dia selalu rela mendengar repekan aku walaupun aku sendiri tak berapa nak faham dengan repekan sendiri. Comelkan? Tak boleh aku bayangkan hari-hari mendatang tanpanya. Semakin hari, aku jadi semakin sayang padanya. Oh, jangan mudah buat kesimpulan... cerita aku bukan tamat di sini. Aku sayang dia sebagai kawan, sahabat dan teman. Kerana aku selalu rasa dekat padanya. Untuk cinta, aku tak layak untuk dia. Aku sejuta kali berdoa mohon dia berjumpa seorang yang begitu serasi dan mampu bahagiakan dirinya ke akhir usia. Cemburu? Itu bukan aku. Hadirnya dia dalam hidupku sudah ku kira rahmat dari Allah untukku. Ketahuilah sahabat, sayangku selalu ada untukmu. Cintailah dirimu jika kau mahu sayangku. LOVE YOU ALWAYS...