- zaZa_Luv
- Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...
Monday, January 31, 2011
Saya Suka Tosei Telur
Hendak dijadikan cerita, semuanya disebabkan kereta masuk bengkel awal Januari 2011... Aku terpaksa tumpang ayah untuk ke tempat kerja. Disebabkan itu, kena keluar rumah seawal 6.45 pagi. Selepas hantar adik di Skypark, ayah kena hantar aku ke pejabat pula tetapi memandangkan terlalu awal, kami berdua akan singgah di Restoran Nasi Kandar Isa berdekatan pejabat ayah(aku dan ayah bekerja di kawasan yang berdekatan). Maka, setiap pagi kami bersarapan di situ (sehingga keretaku keluar dari bengkel).
Kalau dah nama pun restoran nasi kandar, haruslah mamak... Di suatu pagi yang damai, aku dan ayah teringin mencuba tosei. Lalu kami pun menemubual pekerja restoran berkenaan tosei. Bukan tak pernah makan, cuma dah lama tak makan tosei. Seingat aku, kali terakhir aku makan islah sewaktu aku bersekolah menengah. Hmmmm... Selesai bertanya itu ini, aku dan ayah setuju untuk cuba tosei pada pagi itu. Tett.. Masam!!!
Keesokan harinya... Gigih nak cuba tosei telur. Layan... Tett.. MASAM!!! Selepas itu aku tak pernah pesan tosei lagi.
Tadi, tiba-tiba aku rasa teringin nak makan tosei telur. Lalu ku ajak ayah, mama dan adik ke restoran mamak. Kali ini di restoran lain pula. Dengan rasa yang bercampur baur (tak yakin dapat habiskan) aku pesan tosei telur... Perasaan menanti tosei tersebut memang tak tergambar. Aku takut masam (sememangnya aku kureng sikit dengan benda masam). Penantian yang mendebarkan... Jeng... Jeng... Jeng... Tosei telur satu, siap!!! Dengan lafaz Bismillah disertai doa makan, aku pun jamah sikit. Walawei!!! Sedap lah!!! Tak masam sangat... Lepas ni dah tau nak mkan kat mana tosei telur mengikut citarasa aku. Nyum... Nyum... Nyum...
Nak tidur pun masih terbayang tosei telur... Heheheh...
Saturday, January 22, 2011
Missing Pieces
Wednesday, January 19, 2011
The Untitle
I'm sleepy but hardly can sleep. How I wish someone would singing me lullaby... Hmmmm...
C'mon Za... Just close your eyes and stop thinking about yesterday, today or tomorrow... Nite peeps!!!
Friday, January 7, 2011
Komen di Tahun Baru
Sudah genap seminggu berada di tahun baru. Hari ini baru aku perasan ada komen yang di hantar mengenai entry blogku. Lembap.
Aku sedikit terusik membaca komentar pengirim. Hmmm... Kufikir tiada siapa yang ingin meninggalkan apa-apa komen di blogku. Maaf kerana komen-komen tersebut tidak dapat aku kongsikan bersama. (privacy la konon)
Sahabat,
Terima kasih sebab sudi komen. Sayang kau lebih!!!
**********************************************************
Tahun ini, aku seperti mahu kurang berangan dan berkhayal mengenai cinta walaupun aku memang kena fikir soal cinta. Untuk 6 bulan pertama, aku mahu mencari kekuatan untuk mempersiapkan diri supaya hati boleh dicintai semula. (macamlah aku pernah dicintai...PRASAN!!!) Untuk 6 bulan berikutnya, aku rasa aku dah bersedia untuk tambah komitmen. Ini saranan ayah. Memandangkan aku kan ANAK AYAH, aku ikut je.
Kenapa aku rasa seperti ada yang pelik pasal plan aku ni? Tengok sajalah berjaya atau tidak plan aku yang tak berapa bombastik ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)