- zaZa_Luv
- Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...
Tuesday, September 21, 2010
Aku S.I.N.G.L.E.
Aku teringin untuk rasa dicintai. Tapi setiap kali rasa itu hadir, pasti ku tolak pergi. Aku takut. Aku serik. Aku fobia pada yang namanya CINTA. Biar datang berguni rasa. Biar datang berjuta sang perkasa. Biar datang segunung harta. Andai semua tentang cinta, jauh ku tolak agar hatiku tidak sengsara.
Ada yang kata cinta itu seperti gula-gula. Hayatnya sekejap cuma. Entahlah. Mungkin ada benarnya. Kerana itulah aku tetap S.I.N.G.L.E.
Aku rimas bila ditanya setiap gerak geri. Aku mudah baran jika ditanya berulang kali. Bingit telinga mendengar larangan itu ini. Kerana itu jugalah aku tetap S.I.N.G.L.E.
Tapi, tika sendiri, aku jadi sunyi. Sekeliling jadi sepi. Aku hanya mampu memujuk hati. Berharap rasa sunyi cepat pergi.
Kerap ditanya apa mahuku. Kerap disoal mengapa hati sekeras batu? Jawapan mudahku, aku mahukan DIA menerimaku seadanya aku. Menerima baik burukku. Mampu membimbingku. Mampu membahagiakanku. Mampu menjadi teman, sahabat dan kawan terbaikku dan rela bersamaku sehingga hujung waktu. Paling penting, mampu meyakinkan aku mengapa aku harus memilih DIA sebagai penghuni hati.
Sehingga kini, masih belum ada yang mampu meraih takhta di hati. Dengan itu, aku masih S.I.N.G.L.E.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment