Aku sebetulnya tak tahu apa itu cinta. Jujur. Aku tercari-cari maksud cinta. Jadi, kenapa aku buat blog cinta? Hmmm... hanya kerana mahu kamu t=yang di luar sana mengajarku apa itu cinta.
Aku pernah bercinta? Entah. Tapi aku pernah punya "kekasih" sewaktu belajar di universiti dulu. Mungkin kerana mahu tahu perasaan bila dicinta bila melihat kawan-kawan yang sibuk angau melayan rasa. Malangnya, aku tak dapat rasa itu. Aku cuba usaha, namun kecundang di tengah jalan tanpa sempat aku tahu erti cinta. Bodohkan aku? Ambil masa hampir setahun, tapi apa pun aku tak dapat. Hati masih kosong.
Kini, sekali lagi aku tak keruan bila mama dan ayah sibuk suruh aku kahwin. Sedang aku tak tahu makna, manakan aku bisa bercinta? Mungkin elok kira kubiar takdir dan waktu menentu segala. Moga ada insan yang sudi menerima aku apa adanya.
Tahun baru, azam pun baru. Niat mahu dapatkan calon tahun ini. Mengenangkan tahap IQ rendah aku tentang soal cinta, kita tunggu sajalah pengkhiran cerita.
Maka, misi mencari cinta pun bermula...
3 comments:
satu hari nanti ia akan hadir dengan sendiri.... semua rasa...
betul lah tu... menanti untuk kesekian kalinya... harap berbaloi la penantian itu... :)
Haaaa ape tunggu lagi?? Pegilah cari kekasih idaman tu.. Ke nak aku temankan atau carikan?? :P
Punya bekas kekasih ek? Ok, the best prediction of future is the past.. Jadikan pengalaman yg lepas sebagai suatu pengajaran di masa depan..
Best of LUCK to u my sis!!! :)
P/S : Nasi minyak dah terbau-bau ni.. Apakah ertinya??? Hehehehe :P
Post a Comment