My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Monday, November 4, 2013

Tiada Jiwa

Fuhhhh! Bersawang sudah ruangan meluah rasa. Kini, aku kembali dengan kisah bosan yang acapkali aku kongsikan.

Bertahun menyepi. Aku cuba kaedah lain mengenal dunia. Jikalau sebelum ini aku menulis dengan begitu penuh perasaan berselang emosi yang terlampau sehingga terdapat kesalahan ayat juga tanda baca yang merapu, kali ini aku ingin lebih matang dalam menyampaikan isi. (Kononlah)

Tiada jiwa. Tajuk yang aku rasa begitu umum. Mungkin ada yang mengharapkan suatu kelainan yang bersifat drastik dalam tulisan kali ini tetapi maaf kiranya ada yang hampa. Bagi chance sikit la. Nak kena warm up dulu... Biar selesa jari menari. Baru boleh meriahkan isi. Baiklah, cukup dengan mukadimah yang sedikit menjengkelkan.

Bila bicara tentang jiwa, apa yang kalian fikirkan? Apa yang dapat kalian gambarkan? Emosi yang membuak-buak? Sesuatu yang hadir dari lubuk hati yang paling dalam? Sesuatu yang sukar untuk dijelaskan? Mungkin benar. Aku tak punya jawapan tepat untuk itu.

Bagi aku, jiwa itu menyimpan sesuatu yang tak mampu aku luah. Tersemadi rasa dan rahsia antara aku dan diriku. Pening? Oh, abaikan saja metafora terlampau dan teruskan pembacaan. 

Aku tiada jiwa... Selama dua tahun aku hidup seakan patung. Ibarat si bodoh yang cuba mengikut rentak dunia tanpa ada hala tuju. Aku hidup seakan hilang objektif. Mendekati sang pencipta, aku beransur tenang. Bila nikmat dunia berjaya menutup hati dengan semua hiburan melalaikan, aku kembali menjadi si bodoh. Begitu rapuh hati ini dek godaan dunia.

Bila difikirkan kembali, mungkin aku perlukan suasana baru. Persekitaran baru. Kenalan baru. Bersifat lebih positif dan independent. Aku mahu cari diriku yang dulu. Aku mahu kembali hidup di bawah timbunan buku dan artikel sendu. Membenarkan ruang privacy dalam hati ini diceroboh buat aku lemas. Hati koyak. Calar. Jiwa terasa seakan menghilang. Mungkin didesak meninggalkan ruang hati. Aaaarrgghhh!  Serabut. 

Mungkin sudah tiba masa untuk aku keluar dari kepompong hidup yang tidak produktif. Mencari hala tuju hidup sebenar. 

Andai saja ku punya sayap, ingin ku terbang tinggi ke awan melihat bumi. Biar terbuka mata juga hati. Biar ku jumpa semua solusi. 

Oh jiwa... Ke mana saja engkau pergi...

No comments: