It has been awhile since my last post here. Sampai lupa how to blog!
Guess what?!! Think I’m gonna spend ‘lil time here despite of my busy life. Although no one’s gonna read my story anyway.
Time goes by as we aged, still I dun feel better. Rasa kosong tu tetap ada walaupun aku sibuk dengan kehidupan. Rasa semak. Ada kala aku rasa teringin nak menjauh dengan semua. Cuba mencari ‘aku’.
Aku sempat singgah few blogs yang aku pernah follow dulu. Masing-masing dah menyepi. Mungkin dah makin sibuk dengan komitmen yang bertambah.
Ada terbaca hasil tulisan teman rapat dulu, syahdu sangat. Betapa kami semakin berusia. Betapa naifnya tulisan kami dulu. Yeah, diusia itu, kami masing-masing cuba mencari tahu erti kehidupan. Cuba bereksperimen dengan kehidupan. Terkenang saat masing-masing tanpa rasa sedikit pun takut mencuba sesuatu yang asing. We’re once young & adventurous.
Seandainya waktu dapat diputar semula, akan aku ulang semula moment itu. Bezanya, mungkin aku akan lebih tekad pertahankan apa yang aku mahu daripada apa yang orang lain harapkan (in a good way la). Penat ye kalau kita ni hidup kerana orang lain. Terlalu memikirkan dan mendahulukan orang lain. Akhirnya, tiada rasa yang tinggal. Kosong. Hidup semata untuk orang lain. Boleh faham ke tu?
Setakat ni dulu lah. Kalau ikut perasaan ni, masuk waktu zohor pun tak habis mengarang. Btw, aku bersahur ni. Sementara nak tunggu subuh, tu yang blog walking kunun. Sekali termengarang.
Eh, da subuh. Kbye.
No comments:
Post a Comment