Kuakui bahawa aku sememangnya amatur. Amatur dalam perihal cinta. Cinta merupakan subjek yang terlalu sukar untuk kufahami. Sesiapapun tak akan bisa untuk memberi pemahaman yang benar mengenainya. Terlalu subjektif.
Untuk Si Amatur seperti aku, cinta itu dirasakan menyesakkan. Terlalu sukar untuk dimengerti. Adakah ini maksudnya cinta? Atau mungkin itu namanya cinta? Aduh, kelirunya!!!
Bagaimana untuk kukenali Sang Pencinta Sejati. Masih wujudkah Sang Pencinta Sejati itu? Atau sekadar mitos dan lagenda? Ada yang berkata, cinta perlukan keberanian. Berani untuk mengahadapi hari-hari mendatang. Cinta itu tiada jaminan. Untung sabut, timbul. Untung batu, tenggelam. Jiwa seharusnya kental. Aku? Mungkin belum bersedia ke arah itu. Jiwaku rapuh. Hatiku mudah tersentuh. Oh, bilalah akan ku rasa cinta itu. Kuseru berani datang menghadapku. Ku pohon agar jiwaku kental dan hati sedia untuk segala yang mendatang.
Mengenali jejaka yang manis bicara dan elok tingkahnya membuatkan hati kecil terusik. Namun, selalu saja akal manidakkan. Mungkin kerana terlalu menjaga hati. Mereka selalu berpesan agar berhati-hati dalam berkawan. Sememangnya aku menjaga batas pergaulanku. Alhamdulillah, hampir semua kenalan, teman dan sahabat menghormatiku sebagai wanita.
Ada yang bertanya kenapa perlu keliru? Ini jawabku. Aku bukan nujum, aku tak arif membaca isi hati. Layanan baik bukan bererti mereka itu punya perasaan cinta. Mungkin sekadar menghormati insan lemah dan sensitif yang bergelar wanita. Lagu terhasil dek gabungan rentak dan iramanya. Tanpa salah satu, pincang bunyinya. Begitulah apa yang aku rasa. Tidak mahu membebankan hati dengan perasaan suka sebelah pihak. Aku faham bahasa mudah. Hanya perlu luah andai hati sudah terpaut. Hmmm...
Andai sahaja ada Manual Cinta...
- zaZa_Luv
- Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...
Sunday, May 27, 2012
Bicara Hati
Izinkan hati tuk berbicara
Biarkan ia meluah rasa
Tampak kuat dek pandangan mata
Tapi nyata lemah di jiwa
Riak segarang singa
Tapi sensitif hingga berjurai air mata
Bibir takkan pernah mahu berkata
Rela berdiam seribu bahasa
Sedang hati meronta mahu cerita pada dunia
Andai saja mereka tahu
Tanpa perlu bicara seribu
Tiada resah hilanglah pilu
Biarkan ia meluah rasa
Tampak kuat dek pandangan mata
Tapi nyata lemah di jiwa
Riak segarang singa
Tapi sensitif hingga berjurai air mata
Bibir takkan pernah mahu berkata
Rela berdiam seribu bahasa
Sedang hati meronta mahu cerita pada dunia
Andai saja mereka tahu
Tanpa perlu bicara seribu
Tiada resah hilanglah pilu
Senang SOLO
Komitmen. Ya, cuba untuk berpasangan dengan yang namanya lelaki mungkin akan buatku lelah. Membahagi masa yang kurasa terhad. Aku perlu keberanian untuk mencabar diri dengan menambah komitmen baru. Bayangkan sahaja sepertiga dari masaku adalah untuk diri sendiri dan keluarga. Bakinya ku peruntukan untuk kerja. Bukan kerana aku "Gila Kerja" tapi aku rasa mungkin hanya itu buat masaku terisi dengan perkara berfaedah.
Kerana terbiasa dengan kerja, aku seakan tak mahu mengubah jadual aturan masaku. Aku senang dan selesa begini. Kenapa perlu aku menambah pening? Menyiksa jiwa dengan rasa yang selalu menjerut raga. Bahagianya datang sekejap cuma. Oh, ternyata aku belum bersedia.
Buat sementara, biarlah aku sendiri. Senang solo. Bebas menurut kehendak tanpa ada yang terasa hati.
Subscribe to:
Posts (Atom)