My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Sunday, May 27, 2012

Yang Selalu Keliru

Kuakui bahawa aku sememangnya amatur. Amatur dalam perihal cinta. Cinta merupakan subjek yang terlalu sukar untuk kufahami. Sesiapapun tak akan bisa untuk memberi pemahaman yang benar mengenainya. Terlalu subjektif.

Untuk Si Amatur seperti aku, cinta itu dirasakan menyesakkan. Terlalu sukar untuk dimengerti. Adakah ini maksudnya cinta? Atau mungkin itu namanya cinta? Aduh, kelirunya!!!

Bagaimana untuk kukenali Sang Pencinta Sejati. Masih wujudkah Sang Pencinta Sejati itu? Atau sekadar mitos dan lagenda? Ada yang berkata, cinta perlukan keberanian. Berani untuk mengahadapi hari-hari mendatang. Cinta itu tiada jaminan. Untung sabut, timbul. Untung batu, tenggelam. Jiwa seharusnya kental. Aku? Mungkin belum bersedia ke arah itu. Jiwaku rapuh. Hatiku mudah tersentuh. Oh, bilalah akan ku rasa cinta itu. Kuseru berani datang menghadapku. Ku pohon agar jiwaku kental dan hati sedia untuk segala yang mendatang.

Mengenali jejaka yang manis bicara dan elok tingkahnya membuatkan hati kecil terusik. Namun, selalu saja akal manidakkan. Mungkin kerana terlalu menjaga hati. Mereka selalu berpesan agar berhati-hati dalam berkawan. Sememangnya aku menjaga batas pergaulanku. Alhamdulillah, hampir semua kenalan, teman dan sahabat menghormatiku sebagai wanita.

Ada yang bertanya kenapa perlu keliru? Ini jawabku. Aku bukan nujum, aku tak arif membaca isi hati. Layanan baik bukan bererti mereka itu punya perasaan cinta. Mungkin sekadar menghormati insan lemah dan sensitif yang bergelar wanita. Lagu terhasil dek gabungan rentak dan iramanya. Tanpa salah satu, pincang bunyinya. Begitulah apa yang aku rasa. Tidak mahu membebankan hati dengan perasaan suka sebelah pihak. Aku faham bahasa mudah. Hanya perlu luah andai hati sudah terpaut. Hmmm...

Andai sahaja ada Manual Cinta...

No comments: