My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Friday, July 27, 2012

Cinta Platonik

Cinta Platonik. Bunyinya seakan biasa didengar tapi apakah ia? Cinta Plastik, kah? Hmmm... Mungkin ada yang tahu maksudnya tapi biar aku kongsikan apa yang aku tahu. Cinta Platonik itu perasaan atau perkaitan rasa kasih dan sayang yang tak melibatkan tarikan seksual juga rasa untuk memiliki dan dimiliki. Ianya hubungan antara lelaki dan perempuan yang kelihatan seakan bercinta namun bebas memilih untuk bersama yang lain. Mengikut pemahaman aku, ianya seakan hubungan akrab teman baik yang berlainan jantina.

Oh, semestinya aku punya banyak pengalaman dengan cinta sebegini. Kenapa? Sebab aku terlalu takut menyerahkan seluruh rasa cinta dan kasih kepada sesiapa. Aku takut mengecewakan dan dikecewakan. Tapi siapa kata Cinta Platonik ini tidak mengecewakan dan dikecewakan? Hubungan baik antara lelaki dan perempuan walau bagaimanapun pasti membuahkan rasa kasih dan sayang.yang mana boleh memutik rasa cinta. Siapalah aku untuk membicarakan soal hati secara general sedang setiap dari kita merasainya dengan berbeza-beza. 

Pengalaman gagal dalam bercinta yang buat aku terjebak dengan Cinta Platonik. Melihat dia yang rapat dengan kita, yang sering mengusik dan menghabiskan hampir seluruh harinya bersama kita menemui gadis pilihan hati, PEDIH rasanya. Tak mampu diluah dengan kata-kata. Namun, perasaan itu pulih lebih cepat berbanding cinta biasa. Cinta yang diagung-agungkan setiap pasangan bercinta. Mungkin kerana itu aku memilih Cinta Platonik. Punya dia yang selalu mengambil berat, bertanya khabar dan mengisi ruang kosong hati tanpa perlu terlalu memikirkan sakit kehilangan. Walau sementara, aku rasa senang. 

Mereka kata aku punya rupa. Ada yang kata suka dengan perwatakan bersahaja yang adakalanya mengundang kucar-kacir. Sayangnya, aku bukanlah pilihan untuk mereka jadikan teman sepanjang hayat. Loser. Ya, itulah yang aku rasa. Walau apapun yang aku rasa, kisah ini bukan untuk menagih simpati. Bukan juga terdesak mencari cinta. Sekadar meluah untuk berkongsi rasa (walaupun blog sepi ini tak punya pengunjung). Ya, sekadar meluah.

Andai suatu masa nanti mereka tahu betapa aku pedih dengan Cinta Platonik ini, sesungguhnya aku tak pernah salahkan sesiapa untuk apa yang aku rasa kerana inilah pilihanku. Disetiap duka ada suka yang kurasa mampu buat aku senyum dan melangkah lagi. Untuk menyatakan rasa sebenar, aku tak mampu. Takut kehilangan peneman yang sudi mengisi ruang kosong di setiap hariku. 

Semoga kita semua punya pengakhiran cerita yang membahagiakan. Salam Cinta...

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


Sunday, July 1, 2012

Tongkat

Sahabat hubungi aku semalam. Ingin kenalkanku dengan dua pupunya (second cousin). Excited? Haruslah tidak. Ini bukan kali pertama dia kenenkan aku dengan jejaka. Hahahahaha...

Aku tak kata aku tolak cadangannya, cuma aku minta dia kenal dahulu siapa yang dicalonkannya untuk aku. Dia pun tak berapa kenal dengan mamat tu. Jumpa pun tak pernah, suka hati dia nak kenenkan aku. 

Dari ceritanya, dua pupunya itu seorang jurutera yang bekerja di Bandaraya Kuala Lumpur yang baru putus tunang. Putus tunang??? Kurang dah point kat situ. Anak orang  kenamaan. Tambah point??? Silap, turun lagi point. Sebab, kalau orang kaya-kaya ni biasanya hidup diorang banyak peraturan yang merimaskan. Yang mama dan ayah bagi kat aku pun aku tak boleh nak ikut 100% ni nak tambah lagi? Tak mahulah aku. Seorang yang punya rupa dan pencinta setia. Yang ni baru boleh tamah point. Apa lagi perlu ada untuk tambah point? He needs to make me fell for his real character. Selain itu, perlu pandai jaga hati dan selalu jadi orang yang boleh aku harap dan banggakan.

Apa lagi yang aku tunggu pada usia yang semakin lanjut ni? Nak rembat je peluang? Hello kawan...  Aku tak perlu tunggul untuk bantu aku berdiri. Aku perlu tongkat untuk terus menyokong dan membantu aku mara ke depan. Untuk itu, aku perlu pilih dengan teliti. Tak mahu tongkat yang uzur. Tak mahu juga tongkat yang mudah patah kerana aku perlu bergerak seumur hidup. Maka, tongkat itu perlu temani aku sepanjang hayatku.


Bermetafora pula. Aku samakan pasangan hidup dengan tongkat? heheheh... Tongkat, lagi lama lagi antik. Macam pasangan, mula-mula kita rasa kita jatuh cinta kerana rupa. Lama-lama kita rasa hidup ni macam kosong kalau dia tiada. Usahkan nak ke depan, cuba bangun dan melangkah pun terasa berat. Tak salahkan kalau aku cuba samakan pasangan dengan tongkat? XD