Aku tak kata aku tolak cadangannya, cuma aku minta dia kenal dahulu siapa yang dicalonkannya untuk aku. Dia pun tak berapa kenal dengan mamat tu. Jumpa pun tak pernah, suka hati dia nak kenenkan aku.
Dari ceritanya, dua pupunya itu seorang jurutera yang bekerja di Bandaraya Kuala Lumpur yang baru putus tunang. Putus tunang??? Kurang dah point kat situ. Anak orang kenamaan. Tambah point??? Silap, turun lagi point. Sebab, kalau orang kaya-kaya ni biasanya hidup diorang banyak peraturan yang merimaskan. Yang mama dan ayah bagi kat aku pun aku tak boleh nak ikut 100% ni nak tambah lagi? Tak mahulah aku. Seorang yang punya rupa dan pencinta setia. Yang ni baru boleh tamah point. Apa lagi perlu ada untuk tambah point? He needs to make me fell for his real character. Selain itu, perlu pandai jaga hati dan selalu jadi orang yang boleh aku harap dan banggakan.
Apa lagi yang aku tunggu pada usia yang semakin lanjut ni? Nak rembat je peluang? Hello kawan... Aku tak perlu tunggul untuk bantu aku berdiri. Aku perlu tongkat untuk terus menyokong dan membantu aku mara ke depan. Untuk itu, aku perlu pilih dengan teliti. Tak mahu tongkat yang uzur. Tak mahu juga tongkat yang mudah patah kerana aku perlu bergerak seumur hidup. Maka, tongkat itu perlu temani aku sepanjang hayatku.
Bermetafora pula. Aku samakan pasangan hidup dengan tongkat? heheheh... Tongkat, lagi lama lagi antik. Macam pasangan, mula-mula kita rasa kita jatuh cinta kerana rupa. Lama-lama kita rasa hidup ni macam kosong kalau dia tiada. Usahkan nak ke depan, cuba bangun dan melangkah pun terasa berat. Tak salahkan kalau aku cuba samakan pasangan dengan tongkat? XD
No comments:
Post a Comment