My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Saturday, August 25, 2012

Di Bangunan Usang Itu



Dingin dan kaku. Berwarna putih kelabu. Mungkin kerana bangunan itu sudah terlalu usang. Menjengah ke dalam, terlihat kesan conteng hasil seni mereka yang cetek pemikiran. Serakan kotak-kotak dan kertas surat khabar lama begitu menjelekkan pandangan. Andai sahaja bangunan usang ini dijaga, tentu sahaja boleh digunapakai untuk dijadikan tempat berteduh insan-insan gelandangan yang menumpang tidur di sudut-sudut terpencil bangunan. Mungkin boleh dijadikan pusat kegiatan belia atau dimanfaatkan untuk perkara berfaedah yang lain. Kesal.

Asal sahaja ada bangunan kosong, pasti dijadikan sarang maksiat atau tempat kegiatan yang tak berfaedah. Sedang semua sedia maklum kesan-kesan daripada sikap tidak wajar yang dilakukan segelintir golongan masyarakat, masih belum ramai yang tampil untuk menghentikan kegiatan-kegiatan negatif tersebut. Pentingkan diri sendiri? Mungkin...

Menyusur laluan sempit sekitar bangunan usang, botol-botol kaca bergelimpangan. Ah, andai mereka tahu botol-botol ini kalau dibuang tidak betul caranya akan menjadi tempat pembiakan nyamuk. Masakan mereka tahu kalau saat itu mereka sedang mabuk. Hmmm...

Kalaulah mereka tahu pentingnya kebersihan, pasti semua ini tak jadi begini. Kalau sahaja mereka tidak bersikap pentingkan diri sendiri, tentu mereka hargai dan jaga harta awam atau sekurang-kurangnya mereka tak tolong jahanamkan harta yang bukan milik sendiri. Sedih.

Menurut aku, perkara sebegini adalah disebabkan jiwa golongan masyarakat yang sakit. Konon mahu luahkan perasaan yang membebankan. Hasilnya, tertonjol kelemahan dan kebodohan diri. Rugi kalau golongan sebegini dibiar terus sakit. 


Moral of the story; Sayangi harta benda awam. Jangan buat macam harta sendiri.

No comments: