Tidak dinafikan aku lebih senang bersahabat di alam MAYA walau ku tahu tidak ramai yang jujur. Aku faham, bukan semua maklumat peribadi bolah dikongsi. Bagiku itu semua tidak penting dalam persahabatan MAYA. Bukan aku begitu obses dengan sahabat MAYA tapi aku selesa bersahabat dengn mereka. Di alam MAYA mereka menjadi apa yang mereka inginkan. Mereka lebih "jujur" dengan diri sendiri dan itu sudah memadai bagiku.
Dalam seronok bersahabat, tidak ku sedari ada yang terpikat dengan caraku yang sangat bersahaja. Jujur aku katakan, aku seronok menjadi dirku di alam MAYA berbanding diriku di alam NYATA. Aku di alam NYATA tepaksa menjadi aku seperti yang dikehendaki orang sekeliling. Aku tidak boleh menyuarakan isi hati dan tidak boleh berbahas pendapat. Aku rimas. Tidak kusangka, sikap yang sangat bersahaja memikat hati beberapa sahabat.
Pada mulanya aku fikir mereka (sahabat MAYA) hanya sekadar bergurau senda. Manakan tidak, tidak pernah bersua muka, tidak pernah bertentang mata dan tiba-tiba meluah rasa. Tidak keruan hati seketika.
Antara percaya atau tidak, aku yang naif tentang cinta sering dikatakan mampu menggoda siapa pun jejaka tanpa perlu berkata-kata. Itu hanyalah kta-kata mereka yang hanya mengenali aku secara kasar. Namun, siapa percaya bahawa aku yang berusia 24 tahun ini tidak tahu makna cinta?
Teman sepejabat pernah berkata bahawa cara dan gayaku ditambah dengan wajah yang sedap dipandang, membuat dia berasa teringin memiliku. Setelah seketika mengenaliku, dia akhirnya tahu bahawa aku hanya milikku. Sangat mudah untuk didekati tetapi sukar dimiliki. Tidak pernah terlintas dihati untuk mengguris hati, tapi pengalaman lalu buatku terlalu berhati-hati. Akhirnya aku menjadi paranoid. Trauma dan fobia terhadap cinta.
Buat sahabat MAYA, bukan aku tidak pernah suka kamu. Malah, sayang pada kamu. Tapi sayangku padamu hanya sebagai sahabat. Ketahuilah, sahabat merupakan orang terdekat bagiku. Sahabatlah yang lebih mengenaliku. Cukuplah sekadar menyayangiku sebagai sahabat kerana aku tidak mampu memberi lebih dari itu.
No comments:
Post a Comment