- zaZa_Luv
- Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...
Friday, September 11, 2009
Ingat Dia...
Hairan. Semakin ingin aku melupakan dia, semakin ingat aku pada dia. Sudah bermacam cara aku cuba. Antaranya, cuba untuk tidak menghubungi telefonnya, tidak cuba melawat "webpage"nya dan tidak juga menghantar email padanya.
Setakat hari ini aku mampu menahan diri dari selalu berjumpa dengannya. Tapi setiap kali aku hampir berjaya untuk jauh darinya, dia datang dan buat aku kembali mengingatinya. Aku rasa susah kerana aku tahu hubungan kami tidak akan ke mana-mana. Lama aku bersahabat denannya, dan diakui dia memang seorang yang baik, memahami dan selalu buat aku fikir jauh. Mungkin kerana sifat dan sikapnya buat aku tertarik padanya.
Aku tahu tidak wajar bagiku punya perasaan begitu kepada sahabatku. Bagiku, perasaan yang aku rasa hanya akan buat ikatan persahabatan yang kami bina menjadi rapuh. Aku risau dengan sikapku yang selalu terbawa-bawa akan membuatku hilang sahabat sepertinya.
Memilikinya sebagai sahabat sudah cukup bagiku dan untuk meminta lebih aku rasa agak keterlaluan. Mungkin ada yang berpendapat aku terlalu membesarkan isu.
Kuakui jauh di sudut hati aku suka padanya. Terasa ingin terbang tatkala terlihat senyumannya. Bila mengenangkan latar belakang dirinya, aku terasa kecil di sisinya. Dia punya harta yang boleh beli satu semesta, juga dari keluarga yang tinggi statusnya. Bersahabat dan bersosial dengan yang setaraf dengannya. Dibandingkan dengan aku yang tak punya apa-apa, ibarat langit dan bumi. Ibarat pipit dan enggang.
Kerana itu, aku memilih untuk meletakkan penghadang yang boleh menghadkan perhubungan yang mana itu membuat aku rasa susah. Namun, aku rasa perlu bagiku demi menjaga hubungan yang bernama persahabatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment