- zaZa_Luv
- Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...
Tuesday, September 15, 2009
Jika... (diduakan cinta)
Bagaimana perasaan jika diduakan cinta? Membuka bicara tentang cinta sedang aku tak tahu erti cinta. Katakan cinta itu perasaan sayang terlalu mendalam...
Bayangkan perasaan cinta diduakan. Bagaimanakah penerimaan anda? Sedih yang terlampau akibat terlalu sayang atau perasaan marah kerana ditipu? Atau mungkin kecewa kerana terasa disia-siakan? Mengikut dari segi logik, perasaan tersebut adalah wajar bagi pihak yang cintanya diduakan. Jarang ada insan yang rela berkongsi kasih.
Jika aku...
1. Mungkin aku akan menangis semalaman, mengenang perkara yang berlaku
2. Mungkin aku akan lebih rapat dengan ahli keluarga dan teman-teman lain, cuba untuk berhibur (lupakan kisah sedih)
3. Mungkin juga mencari tahu kelebihan dan kekurangan pasangan barunya untuk dibandingkan denganku (mungkin aku tak cukup hebat di matanya)
4. Mungkin aku akan sibukkan diri dengan kerjaku atau menghabis masa dengan alat lukisanku (my passion) yang buat aku terlalu fokus dan lupa kisah yang kurang menyenangkan.
5. Lebih teruk, aku akan hilang percaya pada cinta.
Sememangnya aku tidak percaya pada cinta.
Apa itu cinta? Beitu besarkah kuasa sehingga mampu menakluk dunia.
Apa bezanya dengan kasih dan sayang?
Tidak cukupkah dengan kasih dan sayang hingga perlu rasa cinta?
Dari sudut pandanganku, aku percaya cinta itu hadir kerana nafsu.
Tamak kerana mahu memiliki yang mana perasaan itu kadang-kadang boleh membinasakan.
Tanpa mengambil peduli kerasional dan kewajaran sesuatu tindakan.Cinta itu merupakan satu klimaks hasil dari perasaan kasih dan sayang. Perasaan itu itu mungkin tahap tertinggi rasa kasih dan sayang tapi sayangnya untuk seketika cuma.
Berbeza dengan rasa kasih dan sayang yang lahir dari sikap tanggung jawab dan toleransi berserta kemahiran komunikasi yang baik dan berkesan. Bagi pasangan yang memilih untuk berkasih, hubungan mereka dijangka bertahan lebih lama dari pasngan bercinta. Kebarangkalian pasangan ini untuk berkongsi kasih juga tersangat sedikit jika dibandingkan dengan pasangn bercinta.
Sekadar meluah pendapat...
Friday, September 11, 2009
Aku + Dia = Kami
Dia memang bisa mencairkan hati mana-mana gadis. Termasuklah hati kerasku. Punya rupa dan gaya menarik yang membuat ramai gadis tertawan. Bibirnya sering terukir senyuman dan kata-kata manis menjadi siulan.
Dengannya aku lemas. Lemas dengan caranya. Lemas dengan layanannya. Semua memandang dia hebat tapi denganku dia tidak. Semua dapat kulihat jelas. Tiada yang tersorok darinya. Dia tidak seperti sahabat lelakiku yang lain, luarannya tampak gagah tapi dalamannya sedikit goyah. Aku tahu dia baik, tapi sayang punya ego yang agak tinggi. Aku tahu dia boleh menyayangi wanitanya dengan setulus hati, tapi tidak menjaga perasaan wanitanya.
Untuk aku bersamanya, aku perlu waktu untuk memahaminya. Untuk menerimanya, aku perlu dia memahamiku. Aku tidak perlu dia sentiasa di depan mataku tapi aku mahu dia selalu denganku. Aku tahu dia mahu teman yang bisa selalu disamping untuk menemaninya dan yang boleh di bawa bersama menaiki tangga citi-citanya.
Aku harus berfikir panjang jika ingin serius dengannya. Selagi dia masih ingat bekas tunangnya, selagi mulutnya tak berhenti bercerita tentang bekas tunangnya, maka selagi itu aku tidak akan menerimanya. Aku bukan tisu yang mengelap air matanya dan di buang selepas diguna. Aku juga bukan baju yang boleh ditukar mengikut kemahuannya. Dia harus menerima aku seadanya aku.
Ingat Dia...
Hairan. Semakin ingin aku melupakan dia, semakin ingat aku pada dia. Sudah bermacam cara aku cuba. Antaranya, cuba untuk tidak menghubungi telefonnya, tidak cuba melawat "webpage"nya dan tidak juga menghantar email padanya.
Setakat hari ini aku mampu menahan diri dari selalu berjumpa dengannya. Tapi setiap kali aku hampir berjaya untuk jauh darinya, dia datang dan buat aku kembali mengingatinya. Aku rasa susah kerana aku tahu hubungan kami tidak akan ke mana-mana. Lama aku bersahabat denannya, dan diakui dia memang seorang yang baik, memahami dan selalu buat aku fikir jauh. Mungkin kerana sifat dan sikapnya buat aku tertarik padanya.
Aku tahu tidak wajar bagiku punya perasaan begitu kepada sahabatku. Bagiku, perasaan yang aku rasa hanya akan buat ikatan persahabatan yang kami bina menjadi rapuh. Aku risau dengan sikapku yang selalu terbawa-bawa akan membuatku hilang sahabat sepertinya.
Memilikinya sebagai sahabat sudah cukup bagiku dan untuk meminta lebih aku rasa agak keterlaluan. Mungkin ada yang berpendapat aku terlalu membesarkan isu.
Kuakui jauh di sudut hati aku suka padanya. Terasa ingin terbang tatkala terlihat senyumannya. Bila mengenangkan latar belakang dirinya, aku terasa kecil di sisinya. Dia punya harta yang boleh beli satu semesta, juga dari keluarga yang tinggi statusnya. Bersahabat dan bersosial dengan yang setaraf dengannya. Dibandingkan dengan aku yang tak punya apa-apa, ibarat langit dan bumi. Ibarat pipit dan enggang.
Kerana itu, aku memilih untuk meletakkan penghadang yang boleh menghadkan perhubungan yang mana itu membuat aku rasa susah. Namun, aku rasa perlu bagiku demi menjaga hubungan yang bernama persahabatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)