My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Tuesday, September 15, 2009

Jika... (diduakan cinta)

Bagaimana perasaan jika diduakan cinta? Membuka bicara tentang cinta sedang aku tak tahu erti cinta. Katakan cinta itu perasaan sayang terlalu mendalam... Bayangkan perasaan cinta diduakan. Bagaimanakah penerimaan anda? Sedih yang terlampau akibat terlalu sayang atau perasaan marah kerana ditipu? Atau mungkin kecewa kerana terasa disia-siakan? Mengikut dari segi logik, perasaan tersebut adalah wajar bagi pihak yang cintanya diduakan. Jarang ada insan yang rela berkongsi kasih. Jika aku... 1. Mungkin aku akan menangis semalaman, mengenang perkara yang berlaku 2. Mungkin aku akan lebih rapat dengan ahli keluarga dan teman-teman lain, cuba untuk berhibur (lupakan kisah sedih) 3. Mungkin juga mencari tahu kelebihan dan kekurangan pasangan barunya untuk dibandingkan denganku (mungkin aku tak cukup hebat di matanya) 4. Mungkin aku akan sibukkan diri dengan kerjaku atau menghabis masa dengan alat lukisanku (my passion) yang buat aku terlalu fokus dan lupa kisah yang kurang menyenangkan. 5. Lebih teruk, aku akan hilang percaya pada cinta. Sememangnya aku tidak percaya pada cinta. Apa itu cinta? Beitu besarkah kuasa sehingga mampu menakluk dunia. Apa bezanya dengan kasih dan sayang? Tidak cukupkah dengan kasih dan sayang hingga perlu rasa cinta? Dari sudut pandanganku, aku percaya cinta itu hadir kerana nafsu. Tamak kerana mahu memiliki yang mana perasaan itu kadang-kadang boleh membinasakan. Tanpa mengambil peduli kerasional dan kewajaran sesuatu tindakan.Cinta itu merupakan satu klimaks hasil dari perasaan kasih dan sayang. Perasaan itu itu mungkin tahap tertinggi rasa kasih dan sayang tapi sayangnya untuk seketika cuma. Berbeza dengan rasa kasih dan sayang yang lahir dari sikap tanggung jawab dan toleransi berserta kemahiran komunikasi yang baik dan berkesan. Bagi pasangan yang memilih untuk berkasih, hubungan mereka dijangka bertahan lebih lama dari pasngan bercinta. Kebarangkalian pasangan ini untuk berkongsi kasih juga tersangat sedikit jika dibandingkan dengan pasangn bercinta. Sekadar meluah pendapat...

No comments: