- zaZa_Luv
- Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...
Friday, September 11, 2009
Aku + Dia = Kami
Dia memang bisa mencairkan hati mana-mana gadis. Termasuklah hati kerasku. Punya rupa dan gaya menarik yang membuat ramai gadis tertawan. Bibirnya sering terukir senyuman dan kata-kata manis menjadi siulan.
Dengannya aku lemas. Lemas dengan caranya. Lemas dengan layanannya. Semua memandang dia hebat tapi denganku dia tidak. Semua dapat kulihat jelas. Tiada yang tersorok darinya. Dia tidak seperti sahabat lelakiku yang lain, luarannya tampak gagah tapi dalamannya sedikit goyah. Aku tahu dia baik, tapi sayang punya ego yang agak tinggi. Aku tahu dia boleh menyayangi wanitanya dengan setulus hati, tapi tidak menjaga perasaan wanitanya.
Untuk aku bersamanya, aku perlu waktu untuk memahaminya. Untuk menerimanya, aku perlu dia memahamiku. Aku tidak perlu dia sentiasa di depan mataku tapi aku mahu dia selalu denganku. Aku tahu dia mahu teman yang bisa selalu disamping untuk menemaninya dan yang boleh di bawa bersama menaiki tangga citi-citanya.
Aku harus berfikir panjang jika ingin serius dengannya. Selagi dia masih ingat bekas tunangnya, selagi mulutnya tak berhenti bercerita tentang bekas tunangnya, maka selagi itu aku tidak akan menerimanya. Aku bukan tisu yang mengelap air matanya dan di buang selepas diguna. Aku juga bukan baju yang boleh ditukar mengikut kemahuannya. Dia harus menerima aku seadanya aku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment