My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Wednesday, February 22, 2012

Sembang Panjang dengan Abang Besar - Salah ke SINGLE???

Selepas bermesyuarat selama 3 jam... Singgah solat di Stesen Minyak Petronas di Kerinchi. Dalam perjalanan pulang ke pejabat di Kelana Jaya...

"Za, umur kau berapa?"
"Errr... aku muda lagi, bang." ~,aca, dapat agak je soalan seterusnya...
"Ko jangan lama-lama... Kahwin je..." ~aku memang dah agak!!!

Selebihnya ialah soalan dan pertikaian pendapat antara aku dengan Abang Besar yang mengganggu jiwa yang malas aku nak kongsi.
Salah besar sangat ke kalau orang CUN cam aku ni masih single? CUN tu tak salah... yang kurang benar tu tang UMUR...

Muak pula bila soal umur dipertikai. Bukan tua sangat pun. Masih 20-an. MUDA lagi kot... Bukan aku tak nak kat orang. Kalau orang yang tak nak kat aku, tak kan aku pulak nak merayu-rayu? GILA! Tunggu aku ada masa lapang, nanti aku buat iklan cari jodoh, ye? Puas hati?


Sesi luah perasaan

Wednesday, February 15, 2012

Kawan, Teman & Sahabat...

Pernah ada seorang diantara kawan, teman dan sahabat berkata...
"Kau cantik, tapi kenapa tak ada teman istimewa? kau saja tak nak bagitahu, kan?" Ni kes mengambil berat ke saja nak menyibuk ambil tahu? Ahahahahaha

Pernah ada seorang diantara kawan, teman dan sahabat berkata...
"Kaulah makhluk terpelik yang aku kenal kat dunia ni. Ada rupa tapi tak ada teman." macamlah dia tahu apa pun pasal aku.

Pernah ada seorang diantara kawan, teman dan sahabat berkata...
"Kau ni memilih sangatlah." Ewah, syok betul mulut dia berkata-kata. Dia tahu ke apa masalah aku?

Pernah ada seorang diantara kawan, teman dan sahabat berkata...
"Biar aku kenalkan kau dengan kawan aku ni..." Terima kasih banyaklah kawan tapi aku bukan jenis senang jatuh hatilah. Hati batu kot.

Pernah ada seorang diantara kawan, teman dan sahabat berkata...
"Kalau susah sangat, kau couple jelah dengan aku. Aku pun tengah single ni." Senang je dia cakap. Hati aku ni nampak keras macam batu tapi orang tak nampak disebalik dinding keras tu tersembunyi hati yang fragile. Mungkin itu satu sebab kenapa aku masih bujang trang tang tang... hikhikhik...

Pernah ada seorang diantara kawan, teman dan sahabat berkata...
"Kau ni macam epal." Pada mulanya aku rasa itulah ayat paling manis seorang kawan pernah cakap kat aku. Lelaki pulak tu. Eh, bukan seorang... Hehehe... Aku ingat sebab aku suka sangat dengan epal merah yang "sweet" tu tapi rupa-rupanya...
Girls are like apples on trees. The best ones are on top. But sometimes, boys don't want to reach all the way to the top so they get the rotten ones at the bottom. You just have to wait for the right boy who is willing to go all the way for you.
Aku tak tahu nak cakap apa... Tak tahu nak kenalpasti perasaan sendiri. Hmm...

Bila kawan, teman dan sahabat dah mula mahu cuba ceroboh kisah peribadi, aku rasa seakan kurang tenang. Hmmm... Tapi masih tetap SAYANG semua asalkan kami Kawan, Teman & Sahabat...

14/2/2012... just another Tuesday...

Really don't have much to say but today...
"busy day yet lovely"

They, esp. He just made my day!!! owh...

Monday, February 13, 2012

Bila Rasaku Rasamu

Diam...
Sepi..
Tanpa ada suara, kita biar hati berkata-kata

Sayup-sayup kudengar hatimu berbisik
Tapi tak mahu meneka
Sering tekaanku silap
Kucuba dengar sedapat mungkin
Gagal menangkap maksud sebenar

Mahu bertanya
Tapi aku malu

"Boleh ulang?" atau..
"Kuat sedikit bicaranya?"
Oh, aku tak mampu
Sekilas menatap wajahnya saja sudah buat aku segan
Inikan pula bertanya ini itu

Masa berlalu dan kita ketemu lagi
Kali ini kau tersenyum memandangku
Aku tertunduk malu
Terasa serba tak kena lagakku
Tiba-tiba aku seakan terdengar bisik hatimu
Terasa jelas menusuk kalbuku
Inikah rasa bila rasaku rasamu???

Sunday, February 12, 2012

Rasa

"Indahnya rasa bila dicintai...
Hidup ini terasa di Syurga..."

Ecewah... Tu lirik lagu Kumpulan Sofazr lah. Tajuknya Terasa di Syurga kalau tak silap. Layan je dengar lagu ni. Ala-ala melayang. Ahahahahaha... Bukan main menjiwang lagi!

Indah ke rasa dicintai?macam bodoh tak soalan ni? Aku, kalau disuruh berangan memang hebat. Daya imaginasi memang terbaik. Tapi pasal cinta ni aku fail. Pengalaman kurang atau hampir kepada TIADA. Sedih!!! Ahahaha... Mengarang puisi cinta disertai bait-bait yang menyentuh rasa itu semua diilhamkan dari pembacaan novel-novel cinta dan carian di GOOGLE.

Setiap kali aku cuba untuk buka hati merasa indahnya cinta, secara automatik hati menolak rasa. Seakan satu tindakan refleks. Aneh. Mungkin hanya dengan karya-karya pencinta aku dapat rasakan cinta.

Oh, Cinta... sambung nyanyi... ~~lalalalala

Kawanku Kawen... (Fida and Husband)

Minggu ini, bermulalah hujung minggu yang sibuk... Hari ini, aku dijemput mengahadiri Majlis Persandingan Fida dan Suami di Taman Komuniti Ibukota. Meriah!Ramai betul tetamu yang hadir bergambar mesra dengan pengantin. Ewah, siap beratur panjang.

Mana aku kenal Si Fida ni??? Kawan masa ikut PKSN 2003 dulu. PKSN tu Program Khidmat Sosial Negara. Kini lebih dikenali sebagai PLKN. Ha, begitulah ceritanya aku kenal si Fida ni...

Datang agak lewat tadi. Nasib baik Si Alan ada. Selesai makan, Din dan Eddy datang bersama pasangan dan keluarga masing-masing. Bukan main beria aku dengar ramai kawan-kawan PKSN nak datang kenduri nithe night before. CET!!!

Tak kisahlah apa pun, yang penting dapat juga jumpa kawan-kawan lama walaupun tak ramai. Kalau bukan hari ini, entah bila lagi aku boleh jumpa. Maklumlah, bila masing-masing dah banyak komitmen. Tak macam zaman muda-muda kami dulu... Ye tak? :)

Harap lepas ni, dapatlah peluang melepak bersama kawan-kawan lain lama-lama... Ye la, sementara aku masih BUJANG TRANG TANG TANG. Nanti kalau dah berkeluarga, belum tentu boleh melepak-lepak, kan? Haih!!!

Minggu hadapan, ke Muar pula... Seterusnya??? Di pejabat siapkan tender sebab due date is just around the corner.

Thursday, February 9, 2012

Kawanku Kawen... (Fie & Fana)

Something sweet to share... Congrats Fie & Fana on your wedding!!!

[short movie] aku, nikon dan dia... from Grebang on Vimeo.




~~Baru kau tau susah senang nk jadi retis??? ngaaaaaaaaaaaaaaa

Tuesday, February 7, 2012

Leka

Memikirkan sesuatu yang indah. Leka. Ya, aku leka dengan khayalanku. Namun, cukup membahagiakan. Tanpa perlu rasa terguris atau terkikis. Aku bahagia.

Terasa bagai melayang di langit. Menggapai bintang terang. Leka. Aku jadi lupa yang aku sendiri di dunia nyata. Lupa yang aku tak punya teman... Tak punya sesiapa.

Seronok membilang bintang. Mencari yang mana menyinar paling terang. Asyik. Leka.

Seakan tak perlukan sesiapa. Usai kerja, pulang terus ke rumah. Berbaring di tempat tidur. Tanpa perlu modal tetapi daya kreatif berimaginasi, leka aku terus hanyut dalam dunia khayalan.

Atau hanya dengan sebatang pensel kayu dan hamparan kosong, lakaran minda terhasil tanpa sempat otakku berfikir. Imaginasi seakan mendahului logik akal. Ligat melakar setiap yang terlintas. Leka.

Bermain warna. Merias indah lakaran dengan calitan pelbagai warna. Dengan mengandaikan setiap warna punya cerita, aku leka.


Leka yang mengubat luka. Menyah lara. Leka yang membuang sepi. Menghindar dari rasa sunyi. Leka yang buat aku terasa seakan yang terpenting. Watak utama setiap cerita. Tiada hati yang terluka. Tanpa perlu berduka lara. Leka. Aku leka dengan dunia yang aku reka.

Bermula Dengan Hai...

Pendek dan ringkas. Satu suku kata mudah. "Hai!"

Lagaknya yang ramah dan bersahaja pasti membuat sesiapa pun ingin mendekatinya. Aku? ENTAH.

Pada mereka, mengenalinya adalah BONUS. Aku? Walaupun banyak kisahnya yang aku tahu, aku masih rasa ENTAH.

Banyak tentangnya yang aku dengar. Banyak yang menyenangkan. Kalau yang tidak menyenangkan pun, kami bukan siapa-siapa untuk aku perlu fokuskan.

Tanpa gagal, die mesti menegurku asal nampak kelibatku. Aku senang begitu. Setiap kali terlihatnya, aku jadi senang walaupun ada riak sedih yang disembunyikan dariku. Aku tahu dia tak gembira. Aku tahu dia tertekan. I just knew it and that's all. Kalaulah aku tahu buat dia bercerita... Ah, siapa aku untuk dia ceritakan..?

"Hai" yang tampak ringkas dan mudah selalunya bermaksud sesuatu yang lebih dari itu. Ianya sungguh rumit dan yang bisa menterjemahnya cuma aku. Tanpa bicara lebar, dari redup matanya dan senyum kakunya... nyata dia sembunyikan sesuatu.

Mungkin Kerana

Kegagalan yang lepas mungkin buat aku jadi buta...

Menginginkan CINTA bukan lagi keutamaanku. Mungkin kerana hati ini telah beku. Kedinginan yang membaluti hati buat perassaan turut kaku.

Hadir CINTA tak pernah kusedar. Hanya tahu tatkala ianya telah pun beredar. Mungkin kerana kisah lalu telah buat aku butakan hatiku. Untuk CINTA.

Pencarian CINTA telah aku kuburkan. Di usia yang semakin lanjut, mencari redha Allah yang lebih utama. Mungkin kerana telah tertulis buatku menjalani hidup sendiri dan itu bukan pilihan.

Bukan belas yang aku harapkan tetapi kasih yang tulus yang boleh aku andalkan. Bukan kata-kata indah nan palsu aku perlukan tapi suara yang ikhlas buat menemani hari-hariku juga yang mendampingi lena tidurku. Bukan yang sempurna. Tak perlu yang punya harta berjuta. Tak semestinya yang kacak bergaya. Cuma yang sanggup menemaniku sepanjang usia. Memimpin aku ke jalan-Nya.

Mungkin kerana luka lama tak pernah sembuh. Mungkin kerana hatiku terlalu rapuh.

Andai ada yang punya penawar bagi merawat luka ini... yang mampu mengubati trauma hati...

Friday, February 3, 2012

Terasa

Di hadapanku, dia duduk
Memandangnya buat aku rasa teruk

Benci padanya, aku tidak
Marah padanya juga tidak

Layanannya sama
Usikannya tiada beza
Baginya, aku dan yang lain adalah sama
Tapi kenapa mesti aku terasa

Terkadang seakan rindu kelibatnya
Tengiang-ngiang tawanya
Usikan mesranya tak pernah gagal membagkit rasa

Saat dia di depan mata aku jadi resah
Berharap dia menghilang segera agar jiwaku kebah

Kenapa mesti terasa sedang kami bukan siapa-siapa?


Nota kaki;
cuma menyampaikan rasa hati