My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Tuesday, February 7, 2012

Leka

Memikirkan sesuatu yang indah. Leka. Ya, aku leka dengan khayalanku. Namun, cukup membahagiakan. Tanpa perlu rasa terguris atau terkikis. Aku bahagia.

Terasa bagai melayang di langit. Menggapai bintang terang. Leka. Aku jadi lupa yang aku sendiri di dunia nyata. Lupa yang aku tak punya teman... Tak punya sesiapa.

Seronok membilang bintang. Mencari yang mana menyinar paling terang. Asyik. Leka.

Seakan tak perlukan sesiapa. Usai kerja, pulang terus ke rumah. Berbaring di tempat tidur. Tanpa perlu modal tetapi daya kreatif berimaginasi, leka aku terus hanyut dalam dunia khayalan.

Atau hanya dengan sebatang pensel kayu dan hamparan kosong, lakaran minda terhasil tanpa sempat otakku berfikir. Imaginasi seakan mendahului logik akal. Ligat melakar setiap yang terlintas. Leka.

Bermain warna. Merias indah lakaran dengan calitan pelbagai warna. Dengan mengandaikan setiap warna punya cerita, aku leka.


Leka yang mengubat luka. Menyah lara. Leka yang membuang sepi. Menghindar dari rasa sunyi. Leka yang buat aku terasa seakan yang terpenting. Watak utama setiap cerita. Tiada hati yang terluka. Tanpa perlu berduka lara. Leka. Aku leka dengan dunia yang aku reka.

No comments: