Minggu ini, bermulalah hujung minggu yang sibuk...
Hari ini, aku dijemput mengahadiri Majlis Persandingan Fida dan Suami di Taman Komuniti Ibukota. Meriah!Ramai betul tetamu yang hadir bergambar mesra dengan pengantin. Ewah, siap beratur panjang.
Mana aku kenal Si Fida ni??? Kawan masa ikut PKSN 2003 dulu. PKSN tu Program Khidmat Sosial Negara. Kini lebih dikenali sebagai PLKN. Ha, begitulah ceritanya aku kenal si Fida ni...
Datang agak lewat tadi. Nasib baik Si Alan ada. Selesai makan, Din dan Eddy datang bersama pasangan dan keluarga masing-masing. Bukan main beria aku dengar ramai kawan-kawan PKSN nak datang kenduri nithe night before. CET!!!
Tak kisahlah apa pun, yang penting dapat juga jumpa kawan-kawan lama walaupun tak ramai. Kalau bukan hari ini, entah bila lagi aku boleh jumpa. Maklumlah, bila masing-masing dah banyak komitmen. Tak macam zaman muda-muda kami dulu... Ye tak? :)
Harap lepas ni, dapatlah peluang melepak bersama kawan-kawan lain lama-lama... Ye la, sementara aku masih BUJANG TRANG TANG TANG. Nanti kalau dah berkeluarga, belum tentu boleh melepak-lepak, kan? Haih!!!
Minggu hadapan, ke Muar pula... Seterusnya??? Di pejabat siapkan tender sebab due date is just around the corner.
No comments:
Post a Comment