My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Saturday, August 28, 2010

Terima Kasih-Tribute to "kawan" yang selalu ada untukku..

Aku hargai sayang itu Aku hargai kasih itu Tapi biarlah sebagai sahabatmu Aku beri sayangku Tapi bukan cintaku Jangan kau mengharap dariku Kini kau ketemu cintamu Cinta yang akan selalu mencintaimu Lupakanlah aku Cintai dia selayaknya melebihi diriku Kerana aku bukan untukmu Terima kasih atas kasih, sayang dan cintamu Tribute to "kawan" yang selalu ada untukku... Sorry dear, you are just too good for me.. You deserve better and definitely not me. Take a good care of her, and love her tenderly. Selamat Berbahagia!!! ^_^
Jujur, aku benci sayang Cinta? apatah lagi Aku mudah bingung kerna cinta Aku merimaskan bila sayang Jauhi aku demi sayang Hindari aku demi cinta Kerana kau hanya akan buat aku hilang segala-galanya

...

Bila hati kecil terusik Manik halus mula kelihatan Sayu Sesudah terbiasa dengan usikan mesra Lalu dia seakan menjauh Sedih Takut Ternyata aku takut Aku takut dengan semua yang namanya cinta Kerana cinta hanya bersifat sementara Sedang aku tamak, mahukan cinta sehingga ke akhir usia Bulan takkan jatuh ke riba Anganku tak mungkin jadi nyata Sedarlah, aku tak mungkin jadi pemilik cinta Kerana aku takut hadapi kehilangannya

Arrggghhhhhh!!!! Mana silapnya???

Aku akui bahawa aku sememangnya "heart breaker" terunggul di Malaya. Kenapa???? Sebab aku memang tak pernah senangkan hati orang. Aku cuma tahu macam mana nak sakitkan hati orang. Tanyakan saja kepada sesiapa. Jawapannya pasti YA. Memang berjuta hati yang telah kecewa. Semuanya gara-gara aku. Kata mereka, kerana aku MELAYAN lalu MENINGGALKAN... Motif???? Tidak pernah terlintas di fikiran untuk sengaja menyakiti perasaan. Andai ada insan terluka hanya kerana aku, akulah yang paling kecewa. Tolong daku... Tidakku pinta hati mereka. Tiada niatku berpaling cinta. Sememangnya yang namanya cinta itu tidak pernah ada. Tidak pernah wujud sebarang rasa. Salahkah aku melayan baik teman-teman. Salahkah aku kerana berpegang kepada prinsip, "what you give, you get back". Sekiranya aku berbuat baik kepada insan lain, nescaya aku mendapat balasan yang baik seiring dengan apa yang telah aku lakukan. Salahkah aku sekiranya mereka berbuat baik padaku sepertimana aku berbuat baik kepada mereka? Mana silapnya? Aneh ya? Kebaikan aku sering disalahertikan. Mereka fikir, aku berbuat baik hanya untuk memenangi hati jejaka idaman Malaya. Mereka fikir aku suka tatkala mata buas lelaki memandangku tanpa kerdip? Mereka sangka aku rela mata lelaki menjamah tubuh dengan pandangan tajam? Sesungguhnya, aku benci situasi itu. Mereka buat aku benci pada semua. Aku hanya ingin bersahabat. Dan bila ada mereka yang berbuat baik terhadapku, spekulasi datang menjengah. Gosip hangat pantas tersebar. Mana silapku? Sehinggakan aku jadi takut dengan mereka yang bergelar lelaki. Niat ikhlas untuk bersahabat disalaherti. Sedang aku tak pernah ingin cemar status sahabat sejati. Arrggghhhhhh!!!! Mana silapnya???

Saya tahu... awak mungkin tak tahu...

Awak sayang saya... sebab awak kata... Awak mahukan saya... betulkah??? Awak buat saya ceria... betullah tu... Awak dah mula jauh hati dengan saya... saya dapat rasa... Saya senang dengan awak... awak patut tahu itu... Saya selalu harap awak ada... mungkin awak tak tahu... Saya macam dah suka awak... tapi susah nak mengaku... Saya selalu harap awak tahu... itu mustahil berlaku... Sebab saya tahu... awak mungkin tak tahu...

Terlanjur Sayang

Aku benci tatkala terpandangmu buat pertama kali Aku benci ketika kau cuba datang untuk mendekati Aku benci kerana kau buat aku jatuh hati Kita tidak sebaya Jurang umur jauh berbeza Tak mungkin kita bersama Mudah kau melafaz kata Katamu bahagia kita yang rasa Kau persetankan apa yang mereka kata Sedang aku pentingkan mereka Hati kerasku kian terkikis dengan katamu Tembok konkritku semakin condong menanti rebah Kau buat hatiku goyah Tidak bijak menyusun madah Tapi lagakmu tampak indah Aku jadi semakin lemah Tanpa jemu kau pujuk aku Kau mahu aku terima cintamu Jauh di sudut hati aku tak betah melalui hari-hari tanpamu Seakan sudah terbiasa dengan setiap kehadiranmu Tanpamu aku jadi rindu Berhadapan denganmu aku seakan malu Aku jadi bingung dengan perasaan Adakah aku sudah terlanjur sayang???

Dia

Dia Mungkin tidak bijak berkata-kata Namun lagaknya selalu mencuri jiwa Pantang ada peluang, aku pasti terkena Dia Memang tidak sebaya Tapi bisa buat aku jatuh cinta Merananya!!! Aku tak patut jatuh cinta Lebih-lebih lagi dengan dia Kerana itu bakal buat dia merana Dan aku juga Aku bukan pencinta sejati Cintaku selalu hadir dan pergi Dia patut bawa diri Sebelum hatinya aku lukai Kenapalah dia begitu keras hati Berulang kali aku omongi Segera pergi atau parah dilukai Tapi dia masih di sini Berbeza dariku katanya dia pencinta sejati Takkan pernah mahu berlalu pergi Mahu sentisa ada aku menemani Semakin tersiksa hati ini..

Thursday, August 12, 2010

DAN TIBA-TIBA...

Malam ini terasa sunyi tanpa panggilan darinya. Sunyi tanpa pesanan ringkas darinya. Dan tiba-tiba aku jadi rindu... Rindu pada lawak bersahajanya. Rindu dengan gurau mesranya. Angaukah aku???

KELIRU

Keliru dengan sikapnya Tampak sangat bersahaja Tapi adakah benar bagai dikata? Keliru dengan caranya Keliru juga dengan tutur katanya Bagaimana harusku percaya? Aku hanya insan biasa Tiada yang lebih di mata sesiapa Kenapa aku jadi pilihannya? Seakan mahu percaya Tapi seakan tiada daya Lalu kubiar sepi seribu bahasa

Tuesday, August 3, 2010

Kisah Hati

Whut a relief!!! Aku rasa lega bila kawanku akhirnya bagi aku 1 nasihat bernas. Terima kasih kawan!!! Kau memang seorang yang memahami... Perkara yang sebelum ini mengganggu tidur malam ku sudah pun selesai buat sementara. Yang lain terpulang kepada masa. Masa memang pengubat sejati. As time pass us by, semuanya akan jadi seperti biasa. Aku tak lagi rasa seperti ALIEN. Apa yang aku lalui sekarang sebenarnya adalah normal. hanya kerana aku tak pernah laluinya, aku rasa janggal. Perasaan itu kemudiannya buat aku rasa seperti aku makhluk Tuhan paling aneh. Disebabkan oleh nasihat kawan, aku rasa lega yang teramat sangat. Cinta aneh itu dapat kuterima sedikit demi sedikit. Bukan cinta sejenis tau!!! Sebenarnya, aku sendiri tak pasti sama ada apa yang aku rasa ini boleh dipanggil cinta atau tidak. Atau sebenarnya aku terlalu takut untuk bercinta sehingga aku tolak segala jenis perasaan yang melibatkan hati. Mereka sering berkata bahawa aku punya hati batu. Hati yang keras dan terlalu sukar untuk dimiliki. Tapi mereka semua tidak pernah tahu bahawa hatiku selembut jeli. Mudah tersentuh dan terlalu fragile. Kerana hati jeli, aku salutkan konkrit agar tidak mudah rosak. Kesan calar dan parut lama masih belum hilang dan mungkin tak akan hilang. Kerana itu jugalah aku terlalu berhati-hati jika ada perkara yang melibatkan hati. Sebenarnya risiko untuk aku buka pintu hati terlalu besar. Walau seinci pintu kubuka, probability untuk hati aku luka besar. Benar kata kawan, hati perlu dididik agar lebih kenyal supaya dapat menangkis segala jenis serangan. Sampai bila harus kututup pintu hati? Kini aku nekad. Aku pasrah dengan apa yang akan terjadi. Aku perlu didik hati supaya jadi lebih tabah. Mulai hari ini, kau perlu lindungi diri tanpa konkrit, wahai hati. Walau tiada lagi konkrit, jangan kau mudah melatah dan terus terjerumus dengan cinta plastik mainan mereka. Aku yakin kau akan baik-baik saja.

Sunday, August 1, 2010

Aku dalam dilema

Dia muda juga bergaya Tidak kurang juga dengan rupanya Sedang aku jauh usia Tak sepadan, juga sebaya Runsing diri bila memikirkannya Tatkala dia meluah rasa Penat ku terang kami berbeza Tidak pernah sekali diambil pedulinya Ku akui dia mesra Ada saja yang ingin dibualnya Katanya inginkan aku jadi cintanya Tapi kekasih lama tidak sekali dilupanya Cerita lama menjengah jiwa Buat aku alahan pada CINTA Kini diri didatangi dia Entah bagaimana harus kuterang padanya