Keliru dengan sikapnya
Tampak sangat bersahaja
Tapi adakah benar bagai dikata?
Keliru dengan caranya
Keliru juga dengan tutur katanya
Bagaimana harusku percaya?
Aku hanya insan biasa
Tiada yang lebih di mata sesiapa
Kenapa aku jadi pilihannya?
Seakan mahu percaya
Tapi seakan tiada daya
Lalu kubiar sepi seribu bahasa
No comments:
Post a Comment