Bila hati kecil terusik
Manik halus mula kelihatan
Sayu
Sesudah terbiasa dengan usikan mesra
Lalu dia seakan menjauh
Sedih
Takut
Ternyata aku takut
Aku takut dengan semua yang namanya cinta
Kerana cinta hanya bersifat sementara
Sedang aku tamak, mahukan cinta sehingga ke akhir usia
Bulan takkan jatuh ke riba
Anganku tak mungkin jadi nyata
Sedarlah, aku tak mungkin jadi pemilik cinta
Kerana aku takut hadapi kehilangannya
No comments:
Post a Comment