My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Tuesday, August 3, 2010

Kisah Hati

Whut a relief!!! Aku rasa lega bila kawanku akhirnya bagi aku 1 nasihat bernas. Terima kasih kawan!!! Kau memang seorang yang memahami... Perkara yang sebelum ini mengganggu tidur malam ku sudah pun selesai buat sementara. Yang lain terpulang kepada masa. Masa memang pengubat sejati. As time pass us by, semuanya akan jadi seperti biasa. Aku tak lagi rasa seperti ALIEN. Apa yang aku lalui sekarang sebenarnya adalah normal. hanya kerana aku tak pernah laluinya, aku rasa janggal. Perasaan itu kemudiannya buat aku rasa seperti aku makhluk Tuhan paling aneh. Disebabkan oleh nasihat kawan, aku rasa lega yang teramat sangat. Cinta aneh itu dapat kuterima sedikit demi sedikit. Bukan cinta sejenis tau!!! Sebenarnya, aku sendiri tak pasti sama ada apa yang aku rasa ini boleh dipanggil cinta atau tidak. Atau sebenarnya aku terlalu takut untuk bercinta sehingga aku tolak segala jenis perasaan yang melibatkan hati. Mereka sering berkata bahawa aku punya hati batu. Hati yang keras dan terlalu sukar untuk dimiliki. Tapi mereka semua tidak pernah tahu bahawa hatiku selembut jeli. Mudah tersentuh dan terlalu fragile. Kerana hati jeli, aku salutkan konkrit agar tidak mudah rosak. Kesan calar dan parut lama masih belum hilang dan mungkin tak akan hilang. Kerana itu jugalah aku terlalu berhati-hati jika ada perkara yang melibatkan hati. Sebenarnya risiko untuk aku buka pintu hati terlalu besar. Walau seinci pintu kubuka, probability untuk hati aku luka besar. Benar kata kawan, hati perlu dididik agar lebih kenyal supaya dapat menangkis segala jenis serangan. Sampai bila harus kututup pintu hati? Kini aku nekad. Aku pasrah dengan apa yang akan terjadi. Aku perlu didik hati supaya jadi lebih tabah. Mulai hari ini, kau perlu lindungi diri tanpa konkrit, wahai hati. Walau tiada lagi konkrit, jangan kau mudah melatah dan terus terjerumus dengan cinta plastik mainan mereka. Aku yakin kau akan baik-baik saja.

No comments: