- zaZa_Luv
- Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...
Saturday, August 28, 2010
Dia
Dia
Mungkin tidak bijak berkata-kata
Namun lagaknya selalu mencuri jiwa
Pantang ada peluang, aku pasti terkena
Dia
Memang tidak sebaya
Tapi bisa buat aku jatuh cinta
Merananya!!!
Aku tak patut jatuh cinta
Lebih-lebih lagi dengan dia
Kerana itu bakal buat dia merana
Dan aku juga
Aku bukan pencinta sejati
Cintaku selalu hadir dan pergi
Dia patut bawa diri
Sebelum hatinya aku lukai
Kenapalah dia begitu keras hati
Berulang kali aku omongi
Segera pergi atau parah dilukai
Tapi dia masih di sini
Berbeza dariku katanya dia pencinta sejati
Takkan pernah mahu berlalu pergi
Mahu sentisa ada aku menemani
Semakin tersiksa hati ini..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment