- zaZa_Luv
- Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...
Saturday, August 28, 2010
Arrggghhhhhh!!!! Mana silapnya???
Aku akui bahawa aku sememangnya "heart breaker" terunggul di Malaya. Kenapa???? Sebab aku memang tak pernah senangkan hati orang. Aku cuma tahu macam mana nak sakitkan hati orang. Tanyakan saja kepada sesiapa. Jawapannya pasti YA.
Memang berjuta hati yang telah kecewa. Semuanya gara-gara aku. Kata mereka, kerana aku MELAYAN lalu MENINGGALKAN... Motif????
Tidak pernah terlintas di fikiran untuk sengaja menyakiti perasaan. Andai ada insan terluka hanya kerana aku, akulah yang paling kecewa. Tolong daku... Tidakku pinta hati mereka. Tiada niatku berpaling cinta. Sememangnya yang namanya cinta itu tidak pernah ada. Tidak pernah wujud sebarang rasa.
Salahkah aku melayan baik teman-teman. Salahkah aku kerana berpegang kepada prinsip, "what you give, you get back". Sekiranya aku berbuat baik kepada insan lain, nescaya aku mendapat balasan yang baik seiring dengan apa yang telah aku lakukan. Salahkah aku sekiranya mereka berbuat baik padaku sepertimana aku berbuat baik kepada mereka? Mana silapnya?
Aneh ya? Kebaikan aku sering disalahertikan. Mereka fikir, aku berbuat baik hanya untuk memenangi hati jejaka idaman Malaya. Mereka fikir aku suka tatkala mata buas lelaki memandangku tanpa kerdip? Mereka sangka aku rela mata lelaki menjamah tubuh dengan pandangan tajam? Sesungguhnya, aku benci situasi itu.
Mereka buat aku benci pada semua. Aku hanya ingin bersahabat.
Dan bila ada mereka yang berbuat baik terhadapku, spekulasi datang menjengah. Gosip hangat pantas tersebar. Mana silapku? Sehinggakan aku jadi takut dengan mereka yang bergelar lelaki. Niat ikhlas untuk bersahabat disalaherti. Sedang aku tak pernah ingin cemar status sahabat sejati.
Arrggghhhhhh!!!! Mana silapnya???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment