- zaZa_Luv
- Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...
Saturday, August 28, 2010
Terlanjur Sayang
Aku benci tatkala terpandangmu buat pertama kali
Aku benci ketika kau cuba datang untuk mendekati
Aku benci kerana kau buat aku jatuh hati
Kita tidak sebaya
Jurang umur jauh berbeza
Tak mungkin kita bersama
Mudah kau melafaz kata
Katamu bahagia kita yang rasa
Kau persetankan apa yang mereka kata
Sedang aku pentingkan mereka
Hati kerasku kian terkikis dengan katamu
Tembok konkritku semakin condong menanti rebah
Kau buat hatiku goyah
Tidak bijak menyusun madah
Tapi lagakmu tampak indah
Aku jadi semakin lemah
Tanpa jemu kau pujuk aku
Kau mahu aku terima cintamu
Jauh di sudut hati aku tak betah melalui hari-hari tanpamu
Seakan sudah terbiasa dengan setiap kehadiranmu
Tanpamu aku jadi rindu
Berhadapan denganmu aku seakan malu
Aku jadi bingung dengan perasaan
Adakah aku sudah terlanjur sayang???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment