Haip!!! Ni bukan lagu cinta...
Dan bila aku jatuh cinta, bagaimanakah agaknya rasa?
Entah bahagia atau terluka?
Bagaimana rasa cinta itu sendiri pun aku tak pasti.
Entah apalah rasanya cinta
Melihat pesanan ringkas di telefon bimbit milikku, sepertinya aku sudah punya teman istimewa. Tapi kenapa aku rasa kosong? Mungkinkah kerana aku tak percaya apa itu cinta, ya? Mungkin juga perasaan yang tinggal di hati ini bukan cinta? Bingung. Penasaran sungguh!
Kulihat pula senarai nombor telefon yang tersimpan di dalam telefon bimbitku. Kebanyakan nombor ahli keluarga, teman rapat, teman sekerja dan rakan niaga. Oh, dan ada terselit nombor itu. Nombor yang sering menghantar pesanan hati kepadaku. Sayangnya aku tak mampu membalas dengan kata hatiku. Sekadar menjawab ringkas agar tidak terluka hati itu.
Dikelilingi lelaki-lelaki hebat di pejabat tak mampu membuka pintu hatiku. Masing-masing bukan tidak berupa. Bukan tidak berharta tapi aku sendiri yang tak tahu mencari apa. Keliru dengan perasaan sendiri. Diakui bahawa ada di antara lelaki-lelaki hebat itu cuba mendekati. Tapi entah apalah masalah hati ni. Semuanya seakan ditolak pergi.
Sejak akhir-akhir ini, tidak kutahu mana datangnya berani. Selamba aku mengusik itu ini. Dengan nada gurau dan bersahaja aku menabur janji. Janji yang semua sedia maklum bahawa aku tak akan penuhi. Keluar bersamalah. Tengok wayanglah. Jadi awek palsulah. Aku mainkan perasaan? Silap tu. Ini cuma cara aku dan teman sekerja bergurau untuk melupakan sebentar masalah yang terbeban di minda. Tipulah aku kalau hati ini tidak terusik dengan gurauan ala kasar teman-teman tetapi sudah kuingatkan hati agar kental dan tidak mudah terpujuk dengan kata-kata lelaki.
Seksiskah aku? Bukan. Aku hanya menjaga hati. Tak ingin diluka sekali lagi. Selama inipun derita itu kutanggung sendiri.
No comments:
Post a Comment