My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Saturday, December 3, 2011

Maafkan Aku Sang Hati

Kuakui terkadang aku bosan sendiri. Disaat teman-teman sedang asyik berpacaran, berjalan berpegangan tangan, aku duduk diam di sisi komputer atau peti televisyen rumahku. Menjamu mata dengan berita terkini. Paling tidak, adalah seorang dua teman yang sudi berkongsi cerita memaklum info terkini.

Jemu sendiri? Tak juga. Aku senang sendiri tapi adakalanya aku juga perlu teman untuk berkongsi. Berkongsi cerita, rasa sendu dan gelak tawa. Bukan tak pernah aku berkongsi rasa dengan dia bergelar lelaki. Ahh, cerita lama tak perlu ku ulang lagi.

Entah kenapa, kali ini aku benar-benar rasa sepi. Sedangkan sudah bertahun aku sendiri. Mengapa baru kini? Bingung sendiri.

Siang tadi sahabat menelefon. Sudah lama rasanya tak bertanya khabar dan bertukar cerita. Masing-masing sibuk dengan urusan dan tanggungjawab. Terisi sedikit kekosongan hati. Kata-katanya masih sama. Masih menyalahkan aku kerana sehingga kini bersendiri. Katanya, ini tahun terakhir untuk dia menemani hari-hari sepiku. Tahun depan dia sudah bergelar isteri orang. Takkan adabanyak masa untuk dihabiskan bersamaku. Acapkali kudengar leterannya. Persis seorang kakak walaupun kami sebaya. Berjuta kali juga telah kunyatakan padanya betapa aku tak rela hati diluka. Setiap kalipun topik ini akan tergantung. tak pernah capai konklusi.


Hati kecil ada bersuara. Kosong katanya. Maaf Sang Hati. Aku tak berupaya. Aku tak tahu harus bagaimana. Maafkan aku.

No comments: