- zaZa_Luv
- Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...
Monday, February 7, 2011
Aku Keliru... Celaru...
Ya. Aku memang sedang keliru. Buntu. Jiwa celaru.
Azam tahun ni seakan tidak tercapai. Plan mengarut aku memang merepek. Entahlah. Aku bukan nak mengalah cepat sangat tapi boleh predict la... Plan yang samar-samar tu memang hampeh. Kena tukar strategi!
Pernah dengar tak statement "never to late?" Well, bg aku belum terlewat lagi untuk aku perbetulkan mana yang patut. Yang penting aku boleh capai gol tahun ni..
Adoi... Kena plan balik semua benda. Tahun ni aku mesti capai 70% dari jumlah gol. Mengikut perkiraan aku, aku mesti settlekan plan cuti dengan kawan-kawan, pastu buat plan untuk keluarga... Pada masa yang sama cuba cari jalan untuk dapatkan income RM50k setahun... Sikit??? Hmmmm.. Tu plan tahun ni. Mana aku nak dapat eh? Ishk, kalau MLM, memang surrender awal.. Aku ingat nak buat kerja part time la... Kerja dari rumah...
Kenapa aku nak dapatkan income banyak macam tu??? Sebab aku nak bayar semua hutang yang ada. Lepas tu, aku nak sambung Master. Itu pun kalau layaklah... Kalau tak, aku nak ambil kursus kemahiran. Dapat sijil dan lesen, aku buka perniagaan sendiri. Sampai bila nak jadi kuli, kan???
Yang paling bikin kusut fikiran, soal jodoh. RIMAS!!!
Kalau dah belum sampai jodoh, takkan aku beria nak kahwin? Calon pun aku tak ada... Pening betul. Bukan aku tak nak kahwin, tapi aku belum bersedia nak kahwin. Kalau dan sedia, aku kahwinlah. Tak payah nak susah fikirkan untuk aku. Takkan sampai nak buat iklan pula??? Aku belum terdesak... Cubalah mereka semua ni faham.. Biar aku berbakti untuk keluarga dulu. Setakat ini, diri sendiri pun tidak terurus. Belum ada apa yang boleh keluarga banggakan dari aku. Aish... Sabarlah...
***********************************
Tidak dinafikan bahawa hati kecil terusik tatkala terlihat bayi comel bersama ibu ayahnya. Namun untuk aku memilikinya, mungkin bukan sekarang... Calon pun belum ada... Nak berangan pun tak ada modal... Tunggu dan lihat sajalah...
************************************
Baiklah, aku nak fikirkan strategi baru untuk capai gol. Banyak juga gol tahun ni. Nite peeps...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment