My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Saturday, February 26, 2011

Tiba-tiba teringat...

Sudah bertahun masa berlalu. Tapi saya masih ingat awak. Nombor telefon awak pun saya masih simpan. Pernah terfikir untuk hubungi awak, tapi bila fikir balik, rasanya saya tak perlu ganggu hidup awak. Mungkin awak sedang berbahagia dan mungkin kehadiran saya hanya akan memburukkan keadaan. Kadang-kadang saya ada terfikir kenapa awak tak pernah nak telefon tanya khabar saya. Salahkah kalau kita berkawan walau kita sudah tak punya apa-apa hubungan? Begitu bencikah awak pada saya? Mungkin silap saya sebab saya yang kata tak mahu jadi kawan awak kiranya hubungan kita berakhir. Itu dulu. Saya BODOH. NAIF. Hari ni saya terbaca sesuatu kat blog entah siapa. Hmmm.. Sekarang saya memang suka layan blog. Sebab saya tak ada awak untuk berkongsi cerita. Eh??? Apalah yang saya merepek ni. Saya patutnya tak perlu fikir yang saya perlu awak untuk ceritakan apa pun tentang saya. Mungkin kerana hari ni tiba-tiba saya teringat kat awak. Tak kisahlah awak baca ke tak entry ni. Tapi seandainya awak terbaca, saya nak minta maaf sebab tak pandai nak tunjuk sayang saya pada awak dulu. Saya tahu awak selalu berusaha untuk buat saya sayang awak. Sebenarnya saya memang sayang awak tapi saya tak tahu nak tunjuk kat awak. Bila awak cerita pasal kawan perempuan awak, saya cemburu. Tapi sebenarnya, saya pun selalu cerita pasal kawan baik saya (lelaki). Saya minta maaf ya? Saya harap awak bahagia dengan teman tersayang. Saya selalu doa agar awak dapat teman yang jauh lebih baik dari saya. Terima kasih sebab sudi kenalkan saya pada CINTA. Walaupun selepas awak, saya tak pernah biar sesiapa pun untuk memiliki hati ini. Oh, CRAP!!! Saya patut berhenti baca entry tu!!! Lagi banyak saya baca, lagi teruk saya rasa. Abaikan. Jangan salah faham. Bukan sebab saya masih cintakan awak. Cuma saya tak bersedia nak biar hati ini terluka lagi. Entry ini cuma tempat luah rasa hati saya. Awak tak perlu simpan rasa. Cukup kalau awak tak simpan dendam dan sudi maaf dan lupakan cerita lama. Saya pun harap saya tak ingat kisah sedih kita. Jom kita teruskan hidup masing-masing. Andai awak masih mahu berkawan dengan saya, saya tahu awak tahu mana nak cari saya. saya masih guna nombor telefon lama. Email pun masih sama. Itu pun kalau awak masih simpan.

No comments: