Cinta dan Pokok Bunga
Mereka sering berbicara tentang cinta. Mengagung-agungkan rasa cinta. Hanya kerana cinta, ada di antara mereka yang sanggup mengenepikan segalanya. Sedang hakikatnya cinta itu hanya bersifat semenntara. Tindakan kurang bijak diambil mereka kerana menyangka cinta itu segalanya.
Betulkan aku andai aku silap. Semua tulisanku datang dari satu perspektif. Pendapatku dan pandanganku.
Lihat saja mereka yang bersama hanya kerana cinta semata-mata. Berapa ramai yang bahagia? Berapa ramai yang menanggung derita cinta? Mengapa mesti derita kerana cinta? Bukankah cinta patut bawa bahagia? Mana cinta???
Bermula dengan perasaan suka. Hati mula menyemai rasa. Berputik bunga-bunga cinta. Cuba ambil prinsip POKOK BUNGA. Samakan cinta dengan bunga.Hayat bunga tak pernah lama. Perlu di siram, dibaja dan dijaga. Bunga pasti layu. Begitu juga cinta. Adalah mustahil untuk biarkan bunga kembang sentiasa. Cinta juga melalui fasa yang sama.
Cinta tak kekal lama tapi boleh berputik berkali-kali. Macam bunga. Sepohon pokok tak mungkin berbunga satu. Bila sekuntum layu, pasti berganti satu. Semuanya faktor waktu.
Mari kaitkan prinsip bunga dengan cinta.
Terus terang aku katakan, aku bukan pakar. Aku sendiri kecundang dalam bercinta. Mungkin kerana aku terlalu mencari cinta sempurna. Menulis tentang cinta buat minda terbuka. Sekaligus berkongsi apa yang aku rasa.
Thanks for reading!!!
No comments:
Post a Comment