- zaZa_Luv
- Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...
Friday, February 11, 2011
Baby... Babies...
Lol!!! Apa dah jadi dengan aku??? Suddenly talk about baby pulak... Well, it is a normal thing when FEMALE at my age started to think about family life especially having a baby... Hmmm... Actually, girls do think about baby since they play "pondok-pondok", "masak-masak" and etc...
Today, I was asked by a young man about having own baby. Of course I want but... (There's a but... Hahaha...) I have to get married first lah kan... If not, it is better for me to not have any. Aiyo... He's only 22 tapi dah mula cakap pasal ni. Me? 26?? Baby??? Haish... Memang pernah terfikir tapi bukan untuk pengetahuan umum lah. Jauh betul beliau fikir kan...?
Aku... Mungkin di usia ini memang wajar untuk punya keluarga sendiri. Bermain dengan anak comel. Darah daging sendiri. Bak kata mat saleh, blood flesh gitu...
Bukan aku tak biasa dengan anak kecil. Sejak kecil, rumahku tak pernah sunyi dengan gelak tawa dan rengekan manja si kecil. Cuma... Susahlah nak explain... Macam aku je yang rasa...
Mama dan ayah sukakan kanak-kanak tapi dek kerana ekonomi keluarga tak berapa nak best telah membataskan bilangan adik beradik aku. Family planning. Jadinya, mama pun ambil upah jadi nanny aka baby-sitter. Bila adik-adik aku dah besar, mama dah tak jaga budak tapi kerja jadi cikgu tadika. Still surrounded by kiddo... Hehehe... Tapi bagus juga adik beradik tak berapa nak ramai. Kalau gaduh, kejap lagi baik balik. Senang, kan. Kalau ramai-ramai banyak pula kerenah nak kena layan. Kembali kepada topik asal... Aku suka baby dan tak ada masalah setakat nak jaga baby.
Kalau nak cerita pengalaman jaga budak-budak, boleh cakap aku berpengalaman seumur hiduplah. Siapa yang mama jaga dengan secara otomatiknya di bawah jagaan kami sekeluarga. Bezanya, yang dapat upah tu mama je. Even sekarang pun (mama dah tak jadi cikgu tadika) mama jaga anak jiran. Dialah pengarang jantung mama sekarang. Kalau bab nakal, dia memang MASTER sampai aku dan adik-adik panggil dia "lil DEVIL.
Sebenarnya, budak-budak ni senang dididik kalau kena gaya. Bercakap dengan mereka pun tak sakit hati sangat sebab tahu mereka belum faham bahasa. Apalah yang kita boleh harap dari budak yang umurnya tak sampai 5 tahun... Kalau dengan orang yang faham bahasa tu lainlah cerita.
Mari cuci mata tengok baby tembam... rasa macam nak gigit-gigit je!!!
Sekarang ni, aku pantang betul tengok baby. Lagi-lagi kalau baby tembam. Rasa nak gigit-gigit pipi dia. Ni dah tengok baby comel-comel, mesti korang pun ada rasa nak ada baby jugak kan??? Rasa excited sangat kalau ternampak baju-baju baby masa pergi shopping mall. Hmmm... Sabar je lah kan. Kalau ada rezeki nak dapat baby sendiri, adalah. Kalau tak, menumpang kasih dengan anak jiran pun dah ok.
Cinta hati aku sekarang... "lil DEVIL yang sangat nakal tapi HANDSOME!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment