- zaZa_Luv
- Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...
Wednesday, December 8, 2010
Keliru... Celaru
Aku sendiri tak faham dengan diri. Seakan hati dan akal tidak serasi. Benci. Aku jadi keliru. Otakku celaru. Aaaarrghhhhhh!!!!
Aku suka dia. Aku sayang dia. Tapi cintakah aku pada dia? Apa itu cinta?
Aku tak pernah bohong bila mengaku sayang. Sungguh aku sayang dia. Tapi sayang yang bagaimana? Dia mengaku sayang. Katanya sayangnya ikhlas buatku. Tapi kenapa aku sukar untuk percaya???? Hmmmm...
Dia bukan jahat. Dia selalu temani aku. Tanpanya di sisi aku jadi rindu. Hairan. Kenapa aku masih tak boleh terima dia? Dia serahkan hati pada ku. Tapi hati ini takut manerima lantas menolak. Egokah aku?
Aku sendiri tak faham apa yang telah terjadi padaku. Aku penat bermain teka-teki sendiri. Barangkali kecundang berjuta kali buat aku paranoid. Aku jadi takut dengan perasaan sendiri. Maka, seperti biasa aku akan hanya melihat kasih yang berlabuh itu pergi. Sedang aku tetap sendiri.
Friday, December 3, 2010
Semakin Hari, Semakin Sayang...
Pada mulanya, dia ku anggap teman biasa. Sekadar teman yang suka mengusik. Tapi entah mengapa, aku seakan suka dengan usikannya. Pandai betul dia menggugat rasa.
Semakin hari, kami semakin akrab. Ada saja perkara yang hendak dibualkan. Kami bualkan hampir semua perkara. Dengannya aku begitu senang. Tidak perlu terlalu menjaga santun bicara kerana dia sememangnya begitu terbuka. Mungkin sikap terbukanya yang membuat aku selesa tatkala bersama.
Paling aku suka bila setiap kali dia datang mengadu. Gelagatnya yang lucu ketika mengadu selalu buat aku tersenyum. Seperti segunung masalah berat yang melibatkan negara menghurungnya. Aku tahu kerjanya melibatkan negara, tapi bukanlah negara menjadi isunya. Biasanya masalah rakan sekerja dan bos yang menambah beban kerjanya. Dengan aku, dia senang bercerita. Maka, akulah tempat dia mengadu dan bercerita.
Berkawan dengannya buat aku bahagia. Aku selalu rasa ada orang bersama tika saat suka dan duka. Dipendekkan cerita, dia selalu rela mendengar repekan aku walaupun aku sendiri tak berapa nak faham dengan repekan sendiri. Comelkan?
Tak boleh aku bayangkan hari-hari mendatang tanpanya. Semakin hari, aku jadi semakin sayang padanya. Oh, jangan mudah buat kesimpulan... cerita aku bukan tamat di sini.
Aku sayang dia sebagai kawan, sahabat dan teman. Kerana aku selalu rasa dekat padanya. Untuk cinta, aku tak layak untuk dia. Aku sejuta kali berdoa mohon dia berjumpa seorang yang begitu serasi dan mampu bahagiakan dirinya ke akhir usia. Cemburu? Itu bukan aku. Hadirnya dia dalam hidupku sudah ku kira rahmat dari Allah untukku.
Ketahuilah sahabat, sayangku selalu ada untukmu. Cintailah dirimu jika kau mahu sayangku.
LOVE YOU ALWAYS...
Saturday, November 27, 2010
Berjuta Sayang
Sayang
Sayang
Sayang
Kau ucap sayang
Dia sebut sayang
Mereka kata sayang
Berjuta sayang
Sayang
Sayang
Sayang
Mari saling sayang
Tak perlu mabuk kepayang
Jangan sampai gila bayang
Cuma perlu sayang
Sayang
Sayang
Sayang
Indahnya sayang
Bahagianya sayang
Carilah sayang
Berjuta sayang
Thursday, October 28, 2010
Malam-malamku...
Malam-malamku
Ceria dengan gurau sendanya
Malam-malamku
Indah dihiasi senyum tawanya
Tak sabar biar hari berlalu
Mohon cepat sampai malamku
Agar dapat kutatap wajah itu
Biar lena tidurku
Malam-malamku
Suram tak dengar suaranya
Malam-malamku
Bosan tanpa usikannya
Tak sabar tunggu panggilan agar dapat kudengar suara
Telefon tak lepas di tangan menanti pesanan ringkasnya
Berharap cepat pergi rasa yang ku tak biasa
Hanya Tuhan tahu apa kurasa
Malam-malamku
Tak biasa tanpanya
Malam-malamku
Selalu mahu dia ada
Tuesday, September 21, 2010
Aku S.I.N.G.L.E.
Aku teringin untuk rasa dicintai. Tapi setiap kali rasa itu hadir, pasti ku tolak pergi. Aku takut. Aku serik. Aku fobia pada yang namanya CINTA. Biar datang berguni rasa. Biar datang berjuta sang perkasa. Biar datang segunung harta. Andai semua tentang cinta, jauh ku tolak agar hatiku tidak sengsara.
Ada yang kata cinta itu seperti gula-gula. Hayatnya sekejap cuma. Entahlah. Mungkin ada benarnya. Kerana itulah aku tetap S.I.N.G.L.E.
Aku rimas bila ditanya setiap gerak geri. Aku mudah baran jika ditanya berulang kali. Bingit telinga mendengar larangan itu ini. Kerana itu jugalah aku tetap S.I.N.G.L.E.
Tapi, tika sendiri, aku jadi sunyi. Sekeliling jadi sepi. Aku hanya mampu memujuk hati. Berharap rasa sunyi cepat pergi.
Kerap ditanya apa mahuku. Kerap disoal mengapa hati sekeras batu? Jawapan mudahku, aku mahukan DIA menerimaku seadanya aku. Menerima baik burukku. Mampu membimbingku. Mampu membahagiakanku. Mampu menjadi teman, sahabat dan kawan terbaikku dan rela bersamaku sehingga hujung waktu. Paling penting, mampu meyakinkan aku mengapa aku harus memilih DIA sebagai penghuni hati.
Sehingga kini, masih belum ada yang mampu meraih takhta di hati. Dengan itu, aku masih S.I.N.G.L.E.
Aku dan Sepi
Aku diam di kamarku
Air mata minitis laju
Tapi otak ligat mencari tahu
Kenapa tergamak kau biar aku
Kau bilang cinta
Kau cipta bahagia
Tapi kau berlalu tanpa bicara
Apakah makna???
Aku lalui jalan sepi
Kuharungi rasa sunyi
Lama kupujuk hati
Walau tiada siapa ambil peduli
Berjuta mereka yang bernama lelaki
Semua cuba mengisi hati sepi
Tapi aku serik untuk biar hati dihuni
Lalu mereka semua berlalu pergi
Saat kau biar aku sendiri
Aku benci pada diri
Aku benci semua lelaki
Terima kasih kenalkan aku pada sepi
Sunday, September 5, 2010
Terima Kasih Sayang
Saturday, August 28, 2010
Terima Kasih-Tribute to "kawan" yang selalu ada untukku..
Aku hargai sayang itu
Aku hargai kasih itu
Tapi biarlah sebagai sahabatmu
Aku beri sayangku
Tapi bukan cintaku
Jangan kau mengharap dariku
Kini kau ketemu cintamu
Cinta yang akan selalu mencintaimu
Lupakanlah aku
Cintai dia selayaknya melebihi diriku
Kerana aku bukan untukmu
Terima kasih atas kasih, sayang dan cintamu
Tribute to "kawan" yang selalu ada untukku...
Sorry dear, you are just too good for me..
You deserve better and definitely not me.
Take a good care of her, and love her tenderly.
Selamat Berbahagia!!! ^_^
...
Bila hati kecil terusik
Manik halus mula kelihatan
Sayu
Sesudah terbiasa dengan usikan mesra
Lalu dia seakan menjauh
Sedih
Takut
Ternyata aku takut
Aku takut dengan semua yang namanya cinta
Kerana cinta hanya bersifat sementara
Sedang aku tamak, mahukan cinta sehingga ke akhir usia
Bulan takkan jatuh ke riba
Anganku tak mungkin jadi nyata
Sedarlah, aku tak mungkin jadi pemilik cinta
Kerana aku takut hadapi kehilangannya
Arrggghhhhhh!!!! Mana silapnya???
Aku akui bahawa aku sememangnya "heart breaker" terunggul di Malaya. Kenapa???? Sebab aku memang tak pernah senangkan hati orang. Aku cuma tahu macam mana nak sakitkan hati orang. Tanyakan saja kepada sesiapa. Jawapannya pasti YA.
Memang berjuta hati yang telah kecewa. Semuanya gara-gara aku. Kata mereka, kerana aku MELAYAN lalu MENINGGALKAN... Motif????
Tidak pernah terlintas di fikiran untuk sengaja menyakiti perasaan. Andai ada insan terluka hanya kerana aku, akulah yang paling kecewa. Tolong daku... Tidakku pinta hati mereka. Tiada niatku berpaling cinta. Sememangnya yang namanya cinta itu tidak pernah ada. Tidak pernah wujud sebarang rasa.
Salahkah aku melayan baik teman-teman. Salahkah aku kerana berpegang kepada prinsip, "what you give, you get back". Sekiranya aku berbuat baik kepada insan lain, nescaya aku mendapat balasan yang baik seiring dengan apa yang telah aku lakukan. Salahkah aku sekiranya mereka berbuat baik padaku sepertimana aku berbuat baik kepada mereka? Mana silapnya?
Aneh ya? Kebaikan aku sering disalahertikan. Mereka fikir, aku berbuat baik hanya untuk memenangi hati jejaka idaman Malaya. Mereka fikir aku suka tatkala mata buas lelaki memandangku tanpa kerdip? Mereka sangka aku rela mata lelaki menjamah tubuh dengan pandangan tajam? Sesungguhnya, aku benci situasi itu.
Mereka buat aku benci pada semua. Aku hanya ingin bersahabat.
Dan bila ada mereka yang berbuat baik terhadapku, spekulasi datang menjengah. Gosip hangat pantas tersebar. Mana silapku? Sehinggakan aku jadi takut dengan mereka yang bergelar lelaki. Niat ikhlas untuk bersahabat disalaherti. Sedang aku tak pernah ingin cemar status sahabat sejati.
Arrggghhhhhh!!!! Mana silapnya???
Saya tahu... awak mungkin tak tahu...
Awak sayang saya... sebab awak kata...
Awak mahukan saya... betulkah???
Awak buat saya ceria... betullah tu...
Awak dah mula jauh hati dengan saya... saya dapat rasa...
Saya senang dengan awak... awak patut tahu itu...
Saya selalu harap awak ada... mungkin awak tak tahu...
Saya macam dah suka awak... tapi susah nak mengaku...
Saya selalu harap awak tahu... itu mustahil berlaku...
Sebab saya tahu... awak mungkin tak tahu...
Terlanjur Sayang
Aku benci tatkala terpandangmu buat pertama kali
Aku benci ketika kau cuba datang untuk mendekati
Aku benci kerana kau buat aku jatuh hati
Kita tidak sebaya
Jurang umur jauh berbeza
Tak mungkin kita bersama
Mudah kau melafaz kata
Katamu bahagia kita yang rasa
Kau persetankan apa yang mereka kata
Sedang aku pentingkan mereka
Hati kerasku kian terkikis dengan katamu
Tembok konkritku semakin condong menanti rebah
Kau buat hatiku goyah
Tidak bijak menyusun madah
Tapi lagakmu tampak indah
Aku jadi semakin lemah
Tanpa jemu kau pujuk aku
Kau mahu aku terima cintamu
Jauh di sudut hati aku tak betah melalui hari-hari tanpamu
Seakan sudah terbiasa dengan setiap kehadiranmu
Tanpamu aku jadi rindu
Berhadapan denganmu aku seakan malu
Aku jadi bingung dengan perasaan
Adakah aku sudah terlanjur sayang???
Dia
Dia
Mungkin tidak bijak berkata-kata
Namun lagaknya selalu mencuri jiwa
Pantang ada peluang, aku pasti terkena
Dia
Memang tidak sebaya
Tapi bisa buat aku jatuh cinta
Merananya!!!
Aku tak patut jatuh cinta
Lebih-lebih lagi dengan dia
Kerana itu bakal buat dia merana
Dan aku juga
Aku bukan pencinta sejati
Cintaku selalu hadir dan pergi
Dia patut bawa diri
Sebelum hatinya aku lukai
Kenapalah dia begitu keras hati
Berulang kali aku omongi
Segera pergi atau parah dilukai
Tapi dia masih di sini
Berbeza dariku katanya dia pencinta sejati
Takkan pernah mahu berlalu pergi
Mahu sentisa ada aku menemani
Semakin tersiksa hati ini..
Thursday, August 12, 2010
DAN TIBA-TIBA...
Malam ini terasa sunyi tanpa panggilan darinya. Sunyi tanpa pesanan ringkas darinya.
Dan tiba-tiba aku jadi rindu...
Rindu pada lawak bersahajanya. Rindu dengan gurau mesranya.
Angaukah aku???
KELIRU
Keliru dengan sikapnya
Tampak sangat bersahaja
Tapi adakah benar bagai dikata?
Keliru dengan caranya
Keliru juga dengan tutur katanya
Bagaimana harusku percaya?
Aku hanya insan biasa
Tiada yang lebih di mata sesiapa
Kenapa aku jadi pilihannya?
Seakan mahu percaya
Tapi seakan tiada daya
Lalu kubiar sepi seribu bahasa
Tuesday, August 3, 2010
Kisah Hati
Whut a relief!!! Aku rasa lega bila kawanku akhirnya bagi aku 1 nasihat bernas. Terima kasih kawan!!! Kau memang seorang yang memahami...
Perkara yang sebelum ini mengganggu tidur malam ku sudah pun selesai buat sementara. Yang lain terpulang kepada masa. Masa memang pengubat sejati. As time pass us by, semuanya akan jadi seperti biasa.
Aku tak lagi rasa seperti ALIEN. Apa yang aku lalui sekarang sebenarnya adalah normal. hanya kerana aku tak pernah laluinya, aku rasa janggal. Perasaan itu kemudiannya buat aku rasa seperti aku makhluk Tuhan paling aneh. Disebabkan oleh nasihat kawan, aku rasa lega yang teramat sangat.
Cinta aneh itu dapat kuterima sedikit demi sedikit. Bukan cinta sejenis tau!!!
Sebenarnya, aku sendiri tak pasti sama ada apa yang aku rasa ini boleh dipanggil cinta atau tidak. Atau sebenarnya aku terlalu takut untuk bercinta sehingga aku tolak segala jenis perasaan yang melibatkan hati.
Mereka sering berkata bahawa aku punya hati batu. Hati yang keras dan terlalu sukar untuk dimiliki. Tapi mereka semua tidak pernah tahu bahawa hatiku selembut jeli. Mudah tersentuh dan terlalu fragile. Kerana hati jeli, aku salutkan konkrit agar tidak mudah rosak. Kesan calar dan parut lama masih belum hilang dan mungkin tak akan hilang. Kerana itu jugalah aku terlalu berhati-hati jika ada perkara yang melibatkan hati.
Sebenarnya risiko untuk aku buka pintu hati terlalu besar. Walau seinci pintu kubuka, probability untuk hati aku luka besar. Benar kata kawan, hati perlu dididik agar lebih kenyal supaya dapat menangkis segala jenis serangan. Sampai bila harus kututup pintu hati?
Kini aku nekad. Aku pasrah dengan apa yang akan terjadi. Aku perlu didik hati supaya jadi lebih tabah. Mulai hari ini, kau perlu lindungi diri tanpa konkrit, wahai hati. Walau tiada lagi konkrit, jangan kau mudah melatah dan terus terjerumus dengan cinta plastik mainan mereka. Aku yakin kau akan baik-baik saja.
Sunday, August 1, 2010
Aku dalam dilema
Dia muda juga bergaya
Tidak kurang juga dengan rupanya
Sedang aku jauh usia
Tak sepadan, juga sebaya
Runsing diri bila memikirkannya
Tatkala dia meluah rasa
Penat ku terang kami berbeza
Tidak pernah sekali diambil pedulinya
Ku akui dia mesra
Ada saja yang ingin dibualnya
Katanya inginkan aku jadi cintanya
Tapi kekasih lama tidak sekali dilupanya
Cerita lama menjengah jiwa
Buat aku alahan pada CINTA
Kini diri didatangi dia
Entah bagaimana harus kuterang padanya
Thursday, July 29, 2010
Tentang Kamu Yang Aku Kurang Mengerti
Apa mahumu?
Apa niatmu
Kenapa aku?
Kau punya rupa
Muda remaja
Pandai bergaya
Bijak berbicara
Sedang aku jauh usia
Tidak jelita
Tak punya apa
Fahamkan aku
Yakinkan aku
Tegaskan padaku pendirianmu
Agar aku lebih mengerti
Sunday, July 25, 2010
Dilema Cinta Dia
Dia memang baik. Seorang yang kelakar dan pandai ambil hati. Walau tutur katanya kadang-kadang buat hati kecilku terusik, aku masih selesa berbual dengannya. Hampir setiap malam kami berbual di telefon. Pesanan ringkas, apatah lagi. Asal ada masa terluang dia pasti mengirim pesanan buatku. Memang bukan mesej romantis tapi sudah cukup untuk buat aku tersenyum.
Jujur aku katakan, aku senang dengan kehadirannya dalam hidupku. Aku kini sudah punyai teman untuk berbual dan bertukar pendapat. Bukan aku tidak punya teman lain, tapi masing-masing punya kehidupan sendiri dan kerjaya yang perlu diutamakan. Aku faham kerana aku juga begitu. Cuma buat masa ini kurang projek yang perlu aku uruskan mungkin kerana itu aku berasa kosong. Mujur ada dia yang menemani hari-hariku.
Pada mulanya aku fikir dia cuma sekadar bergurau. Satu pejabat gelakkan dia apabila setiap kali aku melalui bahagian operasi, pasti kedengaran suara-suara sumbang mengejeknya. Sewaktu seorang teman memberitahu bahawa dia meminatiku, aku buat tak endah. Mustahil bagiku, seorang lelaki muda yang sebaya usianya dengan adikku meminati malah mengaku menyayangiku. MEREPEK!!!
Masa berlalu dengan pantas. Aku sudah semakin mengenali semua kakitangan syarikat walaupun tidak semua pernah aku jumpa. Aku juga semakin mengenali dia. Sukar untuk aku buat dia faham bahawa aku tak mungkin akan bersamanya. Puas aku terangkan bersama contoh-contoh mudah mengenai betapa jauhnya beza umur kami. Sedikitpun dia tidak endah. Aku jadi risau. Di hadapan teman sekerja yang lain dia seakan bangga kerana berjaya dekat denganku.
Semakin hari, semakin rapat hubungan kami. Aku jadi risau. Benteng yang kuletak di antara kami seakan goyah. Kepada Tuhan aku memohon agar ditunjukkan jalan supaya tidak aku terus hanyut dalam arus perasaan.
Dia memang bertanggungjawab. Pada zahirnya, dia memang tampak seperti tidak serius. Hakikatnya, dia tidak pernah bermain-main jika melibatkan soal kerja, keluarga dan AKU. Pernah suatu ketika aku berkata padanya mengenai beza umur antara aku dan dia.
;Kau dan aku jauh sangat beza. Bayangkan pada ketika aku berumur 15 tahun dan kau baru saja berumur 11 tahun. Selesai masak, aku kena jerit panggil kau balik untuk makan. Kau pula berlari-lari anak pulang dari bermain bola lalu terus ke dapur untuk makan. Betapa jauhnya beza umur kita." kataku.
Dengan tiada perasaan lalu dia menjawab,"Itu kisah 10 tahun lalu. Sekarang aku bukan budak 11 tahun. Aku mampu mengurus kerja dan anak buah yang berumur jauh lebih tua dari aku. Aku percaya tidak akan ada masalah antara kita."
Mendengar jawapannya aku seperti mati kutu. Biar macam manapun aku tegaskan bahawa aku terlalu tua untuknya, dia masih lagi dengan pendiriannya. Katanya, walau usia kami jauh berbeza, tapi ketika kami berjalan bersama, aku kelihatan tiada beza dengannya. Seperti sebaya. Malah, bosku juga sering mengejekku dengan memanggilku "budak".
Kini aku bingung. Aku menjadi tidak yakin terhadap diriku sendiri. Aku percaya, perasaan yang aku alami bukan cinta. Aku akui aku senang bersamanya tapi untuk cinta, aku tak pasti.Haruskah aku menerima untaian kasihnya atau kubiar dia bersama cintanya?
Dilema cinta dia.
Wednesday, June 9, 2010
What's LOVE????
Anonymous
A good marriage is like a casserole, only those responsible for it really know what goes in it.
Reinhold Niebuhr
Forgiveness is the final form of love.
Peter Ustinov
Love is an act of endless forgiveness, a tender look which becomes a habit.
Marcus Aurelius
Accept the things to which fate binds you, and love the people with whom fate brings you together, but do so with all your heart.
Leo Buscaglia
Love is always open arms. If you close your arms about love you will find that you are left holding only yourself.
Branislav Nusic
First love is dangerous only when it is also the last.
Rosemary Rogers
First romance, first love, is something so special to all of us, both emotionally and physically, that it touches our lives and enriches them forever.
Benjamin Disraeli
The magic of first love is our ignorance that it can never end.
Thomas Moore
No, there's nothing half so sweet in life as love's young dream.
Alfred Lord Tennyson
In the spring a livlier iris changes on the burnished dove;
In the spring a young man's fancy lightly turns to thoughts of love.
Leo Buscaglia
Love is always bestowed as a gift - freely, willingly, and without expectation... We don't love to be loved; we love to love.
Blaise Pascal
We conceal it from ourselves in vain: we must always love something. In those matters seemingly removed from love, the feeling is secretly to be found, and man cannot possibly live for a moment without it.
Nietzsche
Love is the state in which man sees things; most widely different from what they are.
William Shakespeare
As sweet and musical
As bright Apollo's lute, strung with his hair;
And when Love speaks, the voice of all the gods
Makes heaven drowsy with the harmony.
Lady Murasaki
The memories of long love gather like drifting snow, poignant as the mandarin ducks who float side by side in sleep.
Leo Buscaglia
The heart is the place where we live our passions. It is frail and easily broken, but wonderfully resilient. There is no point in trying to deceive the heart. It depends upon our honesty for its survival.
Richard Garnett
Sweet are the words of love, sweeter his thoughts:
Sweetest of all what love nor says nor thinks.
Bayard Taylor
The loving are the daring.
Francois Mocuriac
No love, no friendship, can cross the path of our destiny without leaving some mark on it forever.
Alexander Smith
Love is but the discovery of ourselves in others, and the delight in the recognition.
Voltaire
Love has features which pierce all hearts, he wears a bandage which conceals the faults of those beloved. He has wings, he comes quickly and flies away the same.
William Shakespeare
Love is a smoke made with the fume of sighs.
Being purged, a fire sparkling in lovers' eyes.
Being vexed, a sea nourished with lovers' tears.
What is it else?
A madness most discreet,
a choking gall and a preserving sweet.
From the movie 'Moulin Rouge'
Love is a many splendid thing. Love lifts us up where we belong. All you need is love!
Bryce Courtney
Love is energy: it can neither be created nor destroyed. It just is and always will be, giving meaning to life and direction to goodness... Love will never die.
Charles Stanley
Romantic love reaches out in little ways, showing attention and admiration. Romantic love remembers what pleases a woman, what excites her, and what surprises her. Its actions whisper: you are the most special person in my life.
Thomas Trahern
Love is the true means by which the world is enjoyed: our love to others, and others' love to us.
Honore de Balzac
True love is eternal, infinite, and always like itself. It is equal and pure, without violent demonstrations; it is seen with white hairs and is always young in the heart.
Pierre Teilhard de Chardin
Love alone is capable of uniting living beings in such a way as to complete and fulfill them, for it alone takes them and joins them by what is deepest in themselves.
Lao Tzu
Being deeply loved by someone gives you strength, while loving someone deeply gives you courage.
Sir Arthur Wing Pinero
Those who love deeply never grow old; they may die of old age, but they die young.
Leo Tolstoy
When you love someone, you love the whole person, just as he or she is, and not as you would like them to be.
William Shakespeare
Love looks not with eyes, but with the mind.
http://quotations.about.com
Lost... Love...
Anonymous
Love begins with a smile, grows with a kiss, and ends with a teardrop.
Samuel Butler
It is better to have loved and lost than never to have lost at all.
Socrates
The hottest love has the coldest end.
Otomo No Yakamochi
Better never to have met you in my dream than to wake and reach for hands that are not there.
http://quotations.about.com
Break Up Quote
James M. Barrie
If you have it [love], you don't need to have anything else, and if you don't have it, it doesn't matter much what else you have.
Julie Andrews
All love shifts and changes. I don't know if you can be wholeheartedly in love all the time.
David Grayson
Looking back, I have this to regret, that too often when I loved, I did not say so.
Anonymous
Relationships are like glass. Sometimes it's better to leave them broken than try to hurt yourself putting it back together.
Victoria Holt
Never regret. If it's good, it's wonderful. If it's bad, it's experience.
Margaret Mitchell
I was never one to patiently pick up broken fragments and glue them together again and tell myself that the mended whole was as good as new. What is broken is broken, and I'd rather remember it as it was at its best than mend it and see the broken pieces as long as I lived.
Kahlil Gibran
Ever has it been that love knows not its own depth until the hour of separation.
David Pratt
Friends will keep you sane
Love could fill your heart
A lover can warm your bed
But lonely is the soul
Without a mate.
Usher
Breaking up is a natural evolution when you try to figure out what you want in life. If you're with an individual who isn't moving in the same direction and at the same rate that you are, it ain't going to work.
Alexander Graham Bell
When one door closes, another opens; but we often look so long and so regretfully upon the closed door that we do not see the one which has opened for us.
Wizard of Oz
Hearts will never be practical until they are made unbreakable.
http://quotations.about.com
Sunday, May 23, 2010
Malam ini...
Entah mengapa malam ini kurasa teringin benar menulis. Apa yang ingin kutulis, aku sendiri kurang pasti. Tentang perasaan? Aku sendiri pun tidak pasti dengan perasaan sendiri. Perasaan dirasa bercampur-baur. Semuanya dirasakan pada satu masa.
Teringin sekali aku mnegarang kisah cinta. Kisah yang penuh kasih sayang dan pengorbanan. Malang buatku kerana aku tak pernah merasa begitu. Bagaimana harusku tulis sedang aku tidak mampu membayangkan. Beratus cerita cinta kubaca, kutonton dan kudengar tapi tak satupun mampu memberiku RASA. Mungkin aku sendiri perlu mengalaminya.
Mungkin patut kubuka sedikit pintu hati agar aku bisa sedikit merasai.
Cinta, hadirlah. Terangi aku dengan sinarmu.
Kasih, dekatilah. Ingin sekali kusentuhmu.
Temani siang malamku biar kutahu aku punya kamu.
Saturday, May 22, 2010
Satu dari jutaan IMPIAN (sukar untuk ditunaikan)
Tuesday, March 30, 2010
Fahamilah Situasi...
1.Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama
isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-
luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat
di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi
yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri
menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri
anda lebih baik dan canggih dari emak anda.
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama
suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih
dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-
berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam
maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax
sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk
dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata
dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan
rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk
isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor
ikan sekerat, janggut sotong, ekor taugeh. Frust, tau tak!
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu,
kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang
best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan
isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih
berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan
isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak
tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang
semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin
dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Hairan yee, masa bercinta dulu
kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma
main wayang bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan
sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Sekali
atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada,
sayur dsbnya.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh,
jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya
perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan,
selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau awak kawin dengan
perempuan kedekut, itu bodoh awak sendirilah).
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan
dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul
sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh balik penutupnya, dah ambil
sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke nak
buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
16. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda
dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.
Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
17. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka
pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri
tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk
kepentingan diri sendiri. You all memang dengki!
18. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak
boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate,
jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?>
19. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara
baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati
nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur?
Jiran sebelah rumah awak?
20. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor.
Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri
nak mampus pun tak perasan.
21. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.
Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat
isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling
menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku
bila dah mati nanti.
22. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti
yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar
kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum
tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar
kemungkinan suami juga masuk neraka tapi kalau isteri masuk syurga
belum tentu suami pun masuk syurga. ! Ini bukan rekaan saya tapi saya
dengar dari seorang ustaz.
23. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian
rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau
suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
(kalau isteri tak nak balas, salah awaklah kawin dengan perempuan
kepala batu).
24. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau
perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang
pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan
bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh
menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum
lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang
perempuan ni enteng sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)