My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Saturday, December 31, 2011

Outing @30122011

Maaf ya... Sepatutnya entry ni dimuatnaik sebelum entry selamat tahun baru... Hehehe...

Saja nak kepochi. Semalam sepatutnya aku nak pergi tengok wayang dengan teman sekerja. Plan asal tengok wayang sepatutnya sebelum cerita Ombak Rindu habis ditayangkan di pawagam tapi disebabkan kesibukan kerja, terpaksalah tangguh dan tukar cerita. Namun, niat masih tak kesampaian. Tiket habis dijual. Makanya, kami sekadar makan-makan di A&W saja.

Tak ada rezeki nak tengok wayang bersama. Baiklah, tutup cerita 2011. Mari berusaha untuk 2012.

GAMBATTE KUDASAI!!!!

New Year -2012

Time is ticking. Few more hours to go. Me? Getting older for another year. Single and always available. Muahahahahaha...

Hate to say but this is real thing that happened. I should get married by 2012 but still... SINGLE.

Dear 2012, please help me find someone who can lend me shoulder to cry on and spare me some times just to listen to my words. Please let HIM know that I will always by his side and love him as much as he do. Errrr... is it too much??? ngeeeeeeeeeeee...

Well,whatever it is, wishing all a HAPPY NEW YEAR & HAVE A BLAST!!!

Tuesday, December 27, 2011

L.O.V.E

The feeling inside... hardly being described or expressed. Is this what people call LOVE? Does LOVE hurt this much?

Monday, December 26, 2011

The COLD-looking Me

Having heart that couldn't talk
Having eyes without tears
Having mouth full with silence

Am I really a human being????

My heart used to be very talkative as much as my mouth
But the ability to talk was taken away for a quite some times
That is why it couldn't talk as much as before

I used to cry a lot since young till I got no more tears
I just can't bear with the headache caused by crying
That's the reason why I'm having eyes without tears

Since my heart couldn't talk, same goes with my mouth
Suddenly have nothing to say but filled with silence

The COLD-looking me... Sorry but just can't help it. If this benefits me more,
then I'll accept this as my fate. Letting my fingers to do all the jobs may be
the best decision for now.

~~ emotional breakdown. Sorry for the misuse of grammar and bad writing.

Monday, December 5, 2011

Tidak Keruan

Hati ini tidak keruan sejak bangun pagi. Otak tak berhenti berfikir. Jiwa kacau.
Aku tak mahu menyakiti hati sesiapa. Aku takut bila memikirkan apa yang bakal berlaku. Aku perlu bertindak cepat.

Ya, aku sukakan mereka. Tak tak mungkin untuk aku beri hati yang satu ini ke semua mereka. Kerja yang melambak masih terbiar di atas meja. Aku perlu cari penyelesaian bagi masalah hati ini segera supaya tak mengganggu kerja. Pening!!!

Selagi aku tak jumpa B, selagi itu aku tak tenang. Aku harus sahkan bahawa perasaanku tak benar. Tempoh perkenalan dengan B yang terlalu singkat buat aku kurang yakin dengan niatnya. A? Aku juga perlu sahkan kebenaran kata-katanya semalam. Walau kata-kata itu sering diucap tapi berlainan dari semalam. Kedengaran ikhlas.

Aku betul-betul perlukan nasihat sekarang. Mencintai lebih dari satu bukan kepakaranku dan keputusan yang bakal kuambil diharap terbaik untuk semua.

Aku yang tidak keruan...

Saturday, December 3, 2011

Dan Bila Aku Jatuh Cinta pt. 2

Bila aku jatuh cinta, senyumku tak pernah lekang dibibir. Itu apa yang mereka kata padaku. Bila aku jatuh cinta, aku jadi cemburu. Itulah sikap buruk aku dan aku tahu itu. Tapi masih adakah insan yang sudi memberi cinta buatku? Masih adakah insan yang sanggup melayan kerenah manjaku? Aku tiada jawapan untuk itu.

Terkini, pintu hatiku seakan diketuk. Satu ketukannya berirama dan lembut manakala satu lagi ketukannya bisa merobohkan pintu hati. Aku jadi bingung. Entah ketukan itu sekadar menguji keutuhan pintu hatiku atau benar-benar mahu mencuri hati.


Untuk ketukan yang lembut dan berirama, aku sekadar menjawab dari dalam. Akan tetapi untuk ketukan yang kuat itu buat aku risau seandainya roboh pintu, dicuri dan disia-siakan begitu saja hatiku. Aku tak dapat meneka keikhlasan mereka. Seandainya ada manual cinta untuk kurujuk. Seandainya ada penggera yang mampu memberi amaran tentang si pencuri hati. Sudah pasti aku cuba cari.

Kiranya benar hatiku telah dicuri, ku harap ianya terjaga rapi sepertimana aku menjaganya selama ini.

Dan bila aku jatuh cinta...

Dan Bila Aku Jatuh Cinta pt. 1

Haip!!! Ni bukan lagu cinta... Dan bila aku jatuh cinta, bagaimanakah agaknya rasa? Entah bahagia atau terluka? Bagaimana rasa cinta itu sendiri pun aku tak pasti. Entah apalah rasanya cinta

Melihat pesanan ringkas di telefon bimbit milikku, sepertinya aku sudah punya teman istimewa. Tapi kenapa aku rasa kosong? Mungkinkah kerana aku tak percaya apa itu cinta, ya? Mungkin juga perasaan yang tinggal di hati ini bukan cinta? Bingung. Penasaran sungguh!

Kulihat pula senarai nombor telefon yang tersimpan di dalam telefon bimbitku. Kebanyakan nombor ahli keluarga, teman rapat, teman sekerja dan rakan niaga. Oh, dan ada terselit nombor itu. Nombor yang sering menghantar pesanan hati kepadaku. Sayangnya aku tak mampu membalas dengan kata hatiku. Sekadar menjawab ringkas agar tidak terluka hati itu.

Dikelilingi lelaki-lelaki hebat di pejabat tak mampu membuka pintu hatiku. Masing-masing bukan tidak berupa. Bukan tidak berharta tapi aku sendiri yang tak tahu mencari apa. Keliru dengan perasaan sendiri. Diakui bahawa ada di antara lelaki-lelaki hebat itu cuba mendekati. Tapi entah apalah masalah hati ni. Semuanya seakan ditolak pergi.

Sejak akhir-akhir ini, tidak kutahu mana datangnya berani. Selamba aku mengusik itu ini. Dengan nada gurau dan bersahaja aku menabur janji. Janji yang semua sedia maklum bahawa aku tak akan penuhi. Keluar bersamalah. Tengok wayanglah. Jadi awek palsulah. Aku mainkan perasaan? Silap tu. Ini cuma cara aku dan teman sekerja bergurau untuk melupakan sebentar masalah yang terbeban di minda. Tipulah aku kalau hati ini tidak terusik dengan gurauan ala kasar teman-teman tetapi sudah kuingatkan hati agar kental dan tidak mudah terpujuk dengan kata-kata lelaki.

Seksiskah aku? Bukan. Aku hanya menjaga hati. Tak ingin diluka sekali lagi. Selama inipun derita itu kutanggung sendiri.

Maafkan Aku Sang Hati

Kuakui terkadang aku bosan sendiri. Disaat teman-teman sedang asyik berpacaran, berjalan berpegangan tangan, aku duduk diam di sisi komputer atau peti televisyen rumahku. Menjamu mata dengan berita terkini. Paling tidak, adalah seorang dua teman yang sudi berkongsi cerita memaklum info terkini.

Jemu sendiri? Tak juga. Aku senang sendiri tapi adakalanya aku juga perlu teman untuk berkongsi. Berkongsi cerita, rasa sendu dan gelak tawa. Bukan tak pernah aku berkongsi rasa dengan dia bergelar lelaki. Ahh, cerita lama tak perlu ku ulang lagi.

Entah kenapa, kali ini aku benar-benar rasa sepi. Sedangkan sudah bertahun aku sendiri. Mengapa baru kini? Bingung sendiri.

Siang tadi sahabat menelefon. Sudah lama rasanya tak bertanya khabar dan bertukar cerita. Masing-masing sibuk dengan urusan dan tanggungjawab. Terisi sedikit kekosongan hati. Kata-katanya masih sama. Masih menyalahkan aku kerana sehingga kini bersendiri. Katanya, ini tahun terakhir untuk dia menemani hari-hari sepiku. Tahun depan dia sudah bergelar isteri orang. Takkan adabanyak masa untuk dihabiskan bersamaku. Acapkali kudengar leterannya. Persis seorang kakak walaupun kami sebaya. Berjuta kali juga telah kunyatakan padanya betapa aku tak rela hati diluka. Setiap kalipun topik ini akan tergantung. tak pernah capai konklusi.


Hati kecil ada bersuara. Kosong katanya. Maaf Sang Hati. Aku tak berupaya. Aku tak tahu harus bagaimana. Maafkan aku.

Hati Ini Hanya Untukku

Aku bukan Si Jelita. Aku juga bukan Si Kaya. Watakku kecil sekecil saga. Bukan biduanita yang layak dipuja. Bukan sesiapa kecuali aku. Tak pernah terlintas di minda menjadi tumpuan. Tak terniat di hati mencuri perhatian.

Dikurniakan sempurna sifat. Aku seperti mereka yang lain. Mahukan hidup tanpa diceroboh hak peribadi. Namun, acapkali ceritaku jadi bahan sensasi.

Aku cuma insan biasa yang senang dengan cara sendiri. Tidak banyak permintaan selain jangan diusik hal peribadi.

Aku boleh diajak berbual asal tidak melebihi batasan. Aku boleh diajak keluar asal bukan ke tempat yang tak sepatutnya. Aku juga tidak kisah mendengar andai ada yang ingin berkongsi cerita. Aku hanya insan biasa. Tiada yang istimewa.

Kuakui tidak mudah untuk mendekatiku. Bukan bermakna aku sombong mahupun bongkak. Cumanya aku takut. Pengalaman lali buat aku menjadi sangat berhati. Cerita bohong dijaja oleh mereka yang pernah bergelar teman. Aku dijadikan taruhan. Serik. Cukuplah dengan kenangan pahit itu.

Menangisi hari-hari lepas tak akan bisa mengubat luka di hati. Andai kurang sakitnya, parut masih jelas kelihatan. Berbekalkan pengalaman itu, aku nekad mengunci hatiku. Biarlah sepi. Biarlah sunyi. Takkan kubiar disakiti. Takkan kubiar menangis lagi.

Friday, December 2, 2011

Saat Indah

Bila-bila aku sendiri, aku terkenangkanmu
Bila-bila aku sunyi, aku teringatkanmu
Bila-bila aku sedih, aku mengharapkanmu

Saat indah yang sekejap cuma terlalu menyentuh kalbu
Saat indah itu tak mampu ku buang dari ingatanku
Berbekalkan kenangan itulah kuteruskan hidupku

Andai kau tahu rasa hatiku
Andai kau faham isi hatiku
Pasti tidak kau tegar biarkan aku

Wednesday, November 16, 2011

Bahagiamu Tanpa Aku. Pergilah...

Saat aku bahagia dengan hidupku, kau semacam muncul tiba-tiba. Sepatutnya aku rasa biasa. Seharusnya aku tak berasa apa. Tiada apa yang perlu diungkit tentang kita. Tapi kenapa hati seakan cedera. Sedang kisah itu telahpun ditelan masa.

Kalau kau bahagia, teruskan dengan bahagiamu. Perlukah kau tunjuk, kau canang dan hebah padaku??? Kita buka siapa-siapa. Aku tak perlu tahu. Kita yang pilih jalan itu. Kau sememangnya tahu hati aku satu. Dan telahpun tercalar sekali. Mana mungkin aku berani berikan pada yang lain? Untuk dicalar? Dihempas? Dipecah? Hatiku tidak sekeras intan. Cuma sekeras kaca. Kau tahu itu. Simpan bahagiamu itu. Aku tak perlu tahu. Tak perlu kau muncul lagi dalam hidupku.

Bukan aku benci kamu. Cuma setiap kali teringat aku jadi benci diriku. Pergilah. Jauhi aku. Tak perlu cari tahu tentang aku. Cukup sekadar mengingatiku. Semoga bahagia selalu milikmu.

Tuesday, October 4, 2011

Itu Dulu...

Mindaku jauh melayang
Seakan menerobos kisah silam
Sayu...

Kita berjalan beriringan
Mata-mata itu kita abaikan
Hanyut dalam perasaan

Terlihat jauh senyum tawa
Teringat aku kisah kita
Rajuk dan pujuk perkara biasa
Bahagia itu kita yang rasa

Gerbang perkahwinan menjadi impian
Sehidup semati yang dijanjikan
Kini harapan jadi kenangan
Diam aku tak berteman

Tuesday, June 21, 2011

Bila Cinta

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana


Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Biasa dengan senikata di atas? Ya, beberapa potong lagu Bila Cinta nyanyian Gio untuk OST Lagenda Budak Setan. Kenapa tiba-tiba aku terpanggil untuk masukkan lirik lagu ini? Hmmm... Bagi mereka yang lain, mungkin sedikit klise meletakkan lirik atau senikata lagu semata untuk memastikan blog sentiasa dikemaskini. Tapi bagi aku, lagu ini punya maksud tersendiri. Lagu ini ku dedikasikan khas buat aku yang dulu.

Tak salah rasanya jika aku katakan bahawa aku sememangnya mencintai diriku. Terlalu obses pada diri? Bukan itu maksudku. Pentingkan diri itu buka cara aku. Terlalu berjaga-jaga, mungkin itu. Kerana terlalu sayangkan diri, aku meletakkan had bagi setiap hal. Had ini secara tidak langsung telah menjauhkan aku dari dunia nyata. Had yang aku cipta ini buat aku menjadi seorang paranoid. Sedang jauh di sudut hati, aku terlalu ingin menjadi seperti mereka yang lain. Tidak perlu rasa was-was menjejak kaki di dunia nyata. Masa yang berlalu mematangkan fikiran. Aku semakin sedar dengan apa yang telah aku lakukan ini hanya menyusahkan diri. Rasa cinta itu bukanlah cinta yang benar. Cinta itu tidak wajar dan tidak bermakna.

Memang sedih bila memikirkan bahawa aku terpaksa melepaskan diri aku dari belenggu yang aku ciptakan sendiri. Walau setinggi mana kasih dan cinta aku pada diri sendiri, aku perlu lepaskan. Aku patut beri peluang dan biarkan diri mencari tahu, belajar jatuh bangun dan susah senang hidup.

Aku yang lalu kini hanya menjadi sejarah. Aku tak boleh biarkan hidup aku terbeban dengan harapan di masa lalu. Harapan yang tidak lagi relevan dengan hidupku yang baru. Walau perlahan aku melangkah, aku akan cuba pastikan bahawa setiap langkahku penuh bererti. Tak akan kubiar langkah berhenti dan mengudur ke belakang.

Pada aku, cinta itu luas. Tidak hanya kepada Pencipta mahupun individu lain. Tidak salah mencintai diri sendiri asal cinta itu kena pada tempatnya. Aku akui kesilapanku. Dan bila cinta, kita terkadang jadi lupa.

Semoga hidup yang kujalani di masa hadapan memberikan harapan yang benar dan jitu dan semoga hari-hari yang berlalu mematangkan fikiranku. Gio - Bila Cinta.mp3

Tuesday, May 10, 2011

Di Suatu Petang yang Permai


Petang itu panas. Apa yang panas? Cuaca yang panas membahang dan yang menjadikan petang yang permai itu panas adalah ketika ditanya soalan panas oleh my dear Sista... "What if one of our boys like you? and even ask you to marry him?" Wow!!! Panazzzzzzzzzz...

With not so cute smile on my face, I answered her Super Hot Question.

"If possible, i would rather not to have "scandal things" in the office." Bijak tak jawapan aku? Ngeeeeeeeee... Setelah beberapa kali diajukan soalan cepumas yang sebegitu, aku semakin pro menjawab. Well, she's not the only one yang tanya aku that kind of question. Ramai lagi kawan-kawan yang prihatin dan sayang aku di pejabat pernah tanya soalan macam tu dan mereka adalah LELAKI. Kepochi kan? kalau nak tahu, LELAKI di pejabat aku lebih joyah dari perempuan. Ada saja gosip terkini yang mereka dapat. Haih. Cukup sampai sini dulu, tak nak kongsi lebih. Hehe...

Wednesday, May 4, 2011

Princess

Cerita lawak comel berlaku selepas masa bekerja. Tapi apa kena mengena dengan "Princess"? Hmmm..

Kisah bermula dengan sesi makan-makan bersama teman sekerja yang memilih untuk tidak bekerja bersama kami lagi selepas ini. Ini merupakan kali pertama dan terakhir aku melepak bersama beliau walaupun kami boleh dikatakan agak rapat. Mungkin kerana faktor jarak yang buat kami begitu.

Petang yang agak tenang mula menjadi bingit diserikan dengan lawak intelektual kawan-kawan. Eh,panjang pula mukadimah. Let's cut it short.

Orang yang dirai telah pun pulang memandangkan perlu menghabiskan kerja-kerja tertangguh. Datang pula abang senior dengan muka ketat yang tak puas hati kerana kerja. Well, hidup sebagai pekerja di #@& memang tak pernah lari dari masalah. Setiap hari, ada saja masalah diluah kawan-kawan. Hari ini, giliran abang senior meluah rasa. Perasaan tak puas hati dikongsi bersama. Memang simpati tapi siapalah kami. Hanya mampu mendengar dan memberi sokongan moral. Sedang seronok berbual, kami didatangi dua staf junior (bukan muda sangat pun cuma baru join syarikat). Jujur aku katakan, aku kurang gemar bergaul dengan mereka. Melihat mereka di pejabat sudah buat aku rasa semacam inikan pula duduk semeja.

Hendak dijadikan cerita, abang senior kami juga punya masalah yang lebih kurang sama dengan aku. Bermasalah untuk bergaul bersama atau dalam bahasa mudah, tak geng. Rasa semacam bila staf junior tersebut mendatangi kami dan menarik kerusi untuk sertai kami. Haih. Abang senior tunjuk muka kurang senang pada kami yang lain tapi atas sikap professional, kami layan juga mereka. Sudah bekerja selama sebulan tapi kami masih belum kenal siapa mereka. Sure they also doesn't know who we are and what we do. Makanya, telah diadakan sesi suai kenal secara ringkas. Abang senior yang mula bicara. Seorang-seorang diperkenalkannya sampailah giliran aku. Yeah!!! Penyakit gagapnya menyerang. Suddenly dia lupa nama aku. Terbaikkan??? Inilah part lawak ngok ngek itu. Beliau introduce aku sebagai "Princess". Alasannya, sebab akulah staf perempuan yang belum kahwin di situ. Saja nak cover line lupa nama. Hampeh. Semua yang ada gelakkan kami.

Memang lawak tapi kata-kata abang senior macam tak hilang dari pendengaran aku. "Princess"... Kata-kata itu datang dari hati atau spontan lahir di mulut? Walau bagaimanapun, aku tetap rasa insiden itu lawak comel. Boleh guna idea tu kalau situasi lupa tu jadi pada aku. Mungkin sebab tu ada orang suka memanggil orang lain dengan panggilan yang sama, kan? Sayang... Darling... Haha... Aku pun sama, hampir semua lelaki di pejabat kecuali bos, aku panggil abang, manakala yang perempuan aku panggil mek atau cik kak. They tend to get confused sebab tak tahu siapa yang aku panggil. Kasihan.. Ngeeeeeeee..

Bila dah tertekan dan terbeban dengan masalah kerja, melepak bersama rakan sekerja memang membantu meredakan sedikit hati yang panas. Aku bersyukur ditemukan kawan-kawan yang very supportive macam yang aku ada sekarang.

Sayang korang!!! Mwahhhhh!!! Nak sambung fikir pasal "Princess"... Muahahahaha..

Saturday, April 2, 2011

.:Cerita:.

Cerita ini tentang kita
Kerana cuma kita yang rasa

Dengan senyuman kau menyapa
Tanpa sedar bibir membalas mesra
Kukira itu salam perkenalan kita
Hati berbunga walau seketika

Hanya mampu melihat pergi sang masa
Tak daya menahan apa lagi memaksa
Sang masa pergi meninggalkan kita
Yang masih terkial-kial menggubah kata

Teringat kamu tidak semena
Dirasa sesuatu mencengkam dada
Alasan kuberi penyedap rasa
Agar hilang gundah gulana

Seperti bermain teka silangkata
Bezanya tanpa sebarang petunjuk
Pandai-pandai kita meneka
Tanpa ada bahan dirujuk

Menanti kau datang entah bila
Mencarimu pula entah bagaimana
Pelbagai persoalan bermain di minda
Akhirnya kubiar tanda tanya

Thursday, March 24, 2011

Di Malam Ini

Di malam ini jariku seakan teringin menaip
Seronok melihat jari menari di papan kekunci komputer ribaku
Bunyi taipan mengisi malam sunyiku

Tentang apa yang ingin ku taip?
Tentang hari-hariku?
Atau tentang rahsia hatiku?

***********


Hati ini tak punya rahsia lagi
Kosong

Hati yang tak pernah dimiliki
Masakan ada cerita atau rahsia untuk di kongsi?

Hati dingin ini terlalu keras seperti ais di kutub
Mungkin kerana terlalu lama dibiar tertutup

***********


Jari masih lincah menaip
Menaip apa saja yang terlintas di benak juga yang tersimpan dalam hati
Mungkin kerana hati ini sunyi...

Memori

Entah kenapa aku tiba-tibe teringat... Bersamanya, aku tak perlu bercakap. Biar saja sepi menjadi muzik latar kami. Itu sudah cukup buat kami selesa. Tiada jodoh antara kami. Dia juga pergi seperti mereka yang lain. Biarkan aku sendiri...

Sunday, March 13, 2011

Dear Friend, I miss you...

Dear Friend,
We used to be very close
We share laughters
We share tears

Dear Friend,
We used to be DAMN close
We spend time together
We listen to each other


Dear Friend,
I think I miss the OLD you
I miss your laughter (sounds sincere)
I miss your smile even more

Now you faking it all
And I really miss the OLD you


Sorry for being hated
Sorry for being COLD
I don't know how to face you
By thinking of loosing you

Farewell dear friend
Oh, how I wish we will together again
You have chose you way
And it seems different with mine


Goodbye my friend
Oh, how I wish this is not the END
No matter what I still hope we will always be friend

Saturday, February 26, 2011

Tiba-tiba teringat...

Sudah bertahun masa berlalu. Tapi saya masih ingat awak. Nombor telefon awak pun saya masih simpan. Pernah terfikir untuk hubungi awak, tapi bila fikir balik, rasanya saya tak perlu ganggu hidup awak. Mungkin awak sedang berbahagia dan mungkin kehadiran saya hanya akan memburukkan keadaan. Kadang-kadang saya ada terfikir kenapa awak tak pernah nak telefon tanya khabar saya. Salahkah kalau kita berkawan walau kita sudah tak punya apa-apa hubungan? Begitu bencikah awak pada saya? Mungkin silap saya sebab saya yang kata tak mahu jadi kawan awak kiranya hubungan kita berakhir. Itu dulu. Saya BODOH. NAIF. Hari ni saya terbaca sesuatu kat blog entah siapa. Hmmm.. Sekarang saya memang suka layan blog. Sebab saya tak ada awak untuk berkongsi cerita. Eh??? Apalah yang saya merepek ni. Saya patutnya tak perlu fikir yang saya perlu awak untuk ceritakan apa pun tentang saya. Mungkin kerana hari ni tiba-tiba saya teringat kat awak. Tak kisahlah awak baca ke tak entry ni. Tapi seandainya awak terbaca, saya nak minta maaf sebab tak pandai nak tunjuk sayang saya pada awak dulu. Saya tahu awak selalu berusaha untuk buat saya sayang awak. Sebenarnya saya memang sayang awak tapi saya tak tahu nak tunjuk kat awak. Bila awak cerita pasal kawan perempuan awak, saya cemburu. Tapi sebenarnya, saya pun selalu cerita pasal kawan baik saya (lelaki). Saya minta maaf ya? Saya harap awak bahagia dengan teman tersayang. Saya selalu doa agar awak dapat teman yang jauh lebih baik dari saya. Terima kasih sebab sudi kenalkan saya pada CINTA. Walaupun selepas awak, saya tak pernah biar sesiapa pun untuk memiliki hati ini. Oh, CRAP!!! Saya patut berhenti baca entry tu!!! Lagi banyak saya baca, lagi teruk saya rasa. Abaikan. Jangan salah faham. Bukan sebab saya masih cintakan awak. Cuma saya tak bersedia nak biar hati ini terluka lagi. Entry ini cuma tempat luah rasa hati saya. Awak tak perlu simpan rasa. Cukup kalau awak tak simpan dendam dan sudi maaf dan lupakan cerita lama. Saya pun harap saya tak ingat kisah sedih kita. Jom kita teruskan hidup masing-masing. Andai awak masih mahu berkawan dengan saya, saya tahu awak tahu mana nak cari saya. saya masih guna nombor telefon lama. Email pun masih sama. Itu pun kalau awak masih simpan.

Tuesday, February 22, 2011

Aish... Apada...

Aku tak tahu la apa nak jadi dengan aku sekarang ni. Mudah hilang fokus! Bos aku layankan je aku yang semakin teruk ni. Tapi aku tau dalam hati mesti kaw-kaw dia maki. Aish... Apada... Aku kurang pasti sebab musabab kenapa aku jadi macam ni. Ada benda yang aku lupa buat kot? Ishk... Sahabat ada yang menegur. Katanya aku sudah berubah. Tapi aku tak perasan bila aku mula berubah. Aku takut aku semakin hanyut.

Monday, February 21, 2011

KENAPA???

Teruk sangatkah aku? Buruk sangatkah aku? Aku mengaku aku manja. SANGAT!!! Tapi bukan spesis yang suka BERGESEL. Aku ni merimaskankah? Kenapa nak berperangai pelik? Kenapa mengelak? Kenapa buat aku terasing? Kalau kau tak mahu jawab, biarkan aku dengan kesimpulanku Jangan ditanya kenapa kita sudah tak macam dulu Jangan cuba buat-buat tak tahu Anggap kau tak kenal aku Tidak ku endah rajuk Tak perlu datang pujuk Kau cuma akan buat semuanya jadi teruk

Aku S.I.N.G.L.E. v2.

Aku SINGLE dan aku tak ada masalah. Aku tak nak terjebak dengan CINTA sebab CINTA itu menyakitkan. Aku TAMAK. Andainya aku diCINTA, aku tak mahu berkongsi. What I mean is, kenapa aku mesti berkongsi kasih kalau apa yang 3rd party boleh buat, aku pun boleh buat? Andai kata aku tak cukup bagus, let me IMPROVE myself. Kalau tak boleh then LEPASkan aku. Aku suka punya sahabat. Aku tenang dikelilingi sahabat tapi aku TAK BETAH bersama sahabat yang ENGGAN lagi bersahabat. Kau tak perlu sorok apapun kerana kita sekadar SAHABAT. Aku bukan BODOH. Aku faham bahasa. Terangkan kisah sebenar. Mungkin pedih tapi aku dapat terima. Jangan anggap aku sebagai TROFI. Aku bukan SEMPURNA. Tak layak direbut. Tak layak diTAYANG. Jujur denganku. Jangan kau bajai aku dengan omongan kosong. Jangan kau sirami aku dengan kasih palsu. Jangan kau buang aku bila kau dapat yang lebih baik. Jangan kau biar aku BENCI kau. Aku tak punya ramai teman untuk bercerita kisahku. Kupinta kau jangan berpaling semata untuk berahsia denganku. Namun, andai itu mahumu HILANGlah terus dari duniaku. Kau sudah TAK PERLU aku. Kau sudah SINGKIRKAN aku. Dan aku tak perlu terus mengharap apapun darimu. Walau sebagai SAHABATku. Biarkan yang berlalu terus berlalu. LUPAkan aku sepertimana aku akan LUPAkan kamu. Bukan sombong. Bukan bongkak. Tapi aku tak biasa bersama dengan mereka yang seperti KAMU.

Thursday, February 17, 2011

Kekasih Gelapku

Aku tak boleh dengar lagu tu. Kekasih Gelapku... Lagu tu diberi seorang sahabat kepadaku. Tak patut betul beliau ni. Aku anggap dia cam saudara. Kira kamcheng abes!!! Dia boleh pula anggap aku sebagai kekasih gelap??? Bila dah macam tu, aku pun slowly ca-alip-bot. Risau betul kalau status kawan bertukar. Kami dah tak berapa rajin contact sesama kami. Sibuk tu memang alasan yang nyatalah sebab kami bekerja di lain bidang. Last aku jumpa, tahun lepas. Dia bawa aku naik Accord barunya. Selepas itu, memang tak dengar cerita langsung. Aku harap life dia baik-baik saja memandangkan dia hidup dikelilingi insan-insan yang selalu sayang dia. Sejak sahabat dedicate lagu tu kat aku, aku rasa semacam bila dengar lagu tu. Tak tahu macam mana nak cakap. Excited sebab ada orang bagi lagu? Mungkin... Atau rasa tak best sebab lagu tu untuk part time lover??? Mungkin juga. Nasib baik lagu tu dah tak top. Selamat pendengaran aku. Hmmmm....

Sunday, February 13, 2011

Cinta dan Pokok Bunga

Mereka sering berbicara tentang cinta. Mengagung-agungkan rasa cinta. Hanya kerana cinta, ada di antara mereka yang sanggup mengenepikan segalanya. Sedang hakikatnya cinta itu hanya bersifat semenntara. Tindakan kurang bijak diambil mereka kerana menyangka cinta itu segalanya.
Betulkan aku andai aku silap. Semua tulisanku datang dari satu perspektif. Pendapatku dan pandanganku.
Lihat saja mereka yang bersama hanya kerana cinta semata-mata. Berapa ramai yang bahagia? Berapa ramai yang menanggung derita cinta? Mengapa mesti derita kerana cinta? Bukankah cinta patut bawa bahagia? Mana cinta??? Bermula dengan perasaan suka. Hati mula menyemai rasa. Berputik bunga-bunga cinta. Cuba ambil prinsip POKOK BUNGA. Samakan cinta dengan bunga.Hayat bunga tak pernah lama. Perlu di siram, dibaja dan dijaga. Bunga pasti layu. Begitu juga cinta. Adalah mustahil untuk biarkan bunga kembang sentiasa. Cinta juga melalui fasa yang sama. Cinta tak kekal lama tapi boleh berputik berkali-kali. Macam bunga. Sepohon pokok tak mungkin berbunga satu. Bila sekuntum layu, pasti berganti satu. Semuanya faktor waktu. Mari kaitkan prinsip bunga dengan cinta. Terus terang aku katakan, aku bukan pakar. Aku sendiri kecundang dalam bercinta. Mungkin kerana aku terlalu mencari cinta sempurna. Menulis tentang cinta buat minda terbuka. Sekaligus berkongsi apa yang aku rasa.
Thanks for reading!!!

Friday, February 11, 2011

Baby... Babies...

Lol!!! Apa dah jadi dengan aku??? Suddenly talk about baby pulak... Well, it is a normal thing when FEMALE at my age started to think about family life especially having a baby... Hmmm... Actually, girls do think about baby since they play "pondok-pondok", "masak-masak" and etc... Today, I was asked by a young man about having own baby. Of course I want but... (There's a but... Hahaha...) I have to get married first lah kan... If not, it is better for me to not have any. Aiyo... He's only 22 tapi dah mula cakap pasal ni. Me? 26?? Baby??? Haish... Memang pernah terfikir tapi bukan untuk pengetahuan umum lah. Jauh betul beliau fikir kan...? Aku... Mungkin di usia ini memang wajar untuk punya keluarga sendiri. Bermain dengan anak comel. Darah daging sendiri. Bak kata mat saleh, blood flesh gitu... Bukan aku tak biasa dengan anak kecil. Sejak kecil, rumahku tak pernah sunyi dengan gelak tawa dan rengekan manja si kecil. Cuma... Susahlah nak explain... Macam aku je yang rasa... Mama dan ayah sukakan kanak-kanak tapi dek kerana ekonomi keluarga tak berapa nak best telah membataskan bilangan adik beradik aku. Family planning. Jadinya, mama pun ambil upah jadi nanny aka baby-sitter. Bila adik-adik aku dah besar, mama dah tak jaga budak tapi kerja jadi cikgu tadika. Still surrounded by kiddo... Hehehe... Tapi bagus juga adik beradik tak berapa nak ramai. Kalau gaduh, kejap lagi baik balik. Senang, kan. Kalau ramai-ramai banyak pula kerenah nak kena layan. Kembali kepada topik asal... Aku suka baby dan tak ada masalah setakat nak jaga baby. Kalau nak cerita pengalaman jaga budak-budak, boleh cakap aku berpengalaman seumur hiduplah. Siapa yang mama jaga dengan secara otomatiknya di bawah jagaan kami sekeluarga. Bezanya, yang dapat upah tu mama je. Even sekarang pun (mama dah tak jadi cikgu tadika) mama jaga anak jiran. Dialah pengarang jantung mama sekarang. Kalau bab nakal, dia memang MASTER sampai aku dan adik-adik panggil dia "lil DEVIL. Sebenarnya, budak-budak ni senang dididik kalau kena gaya. Bercakap dengan mereka pun tak sakit hati sangat sebab tahu mereka belum faham bahasa. Apalah yang kita boleh harap dari budak yang umurnya tak sampai 5 tahun... Kalau dengan orang yang faham bahasa tu lainlah cerita. Mari cuci mata tengok baby tembam... rasa macam nak gigit-gigit je!!! Sekarang ni, aku pantang betul tengok baby. Lagi-lagi kalau baby tembam. Rasa nak gigit-gigit pipi dia. Ni dah tengok baby comel-comel, mesti korang pun ada rasa nak ada baby jugak kan??? Rasa excited sangat kalau ternampak baju-baju baby masa pergi shopping mall. Hmmm... Sabar je lah kan. Kalau ada rezeki nak dapat baby sendiri, adalah. Kalau tak, menumpang kasih dengan anak jiran pun dah ok. Cinta hati aku sekarang... "lil DEVIL yang sangat nakal tapi HANDSOME!

Wednesday, February 9, 2011

Hendak Kahwin Tapi...

Siapa yang tak nak kahwin??? Rugi betul hidup. Aku? Mestilah nak kahwin tapi... Oit... Bukan sebab di atas la... Cuma... Tak tahu mana nak pilih... Hehehehe... Ala... Aku muda lagi kot... Bila sampai masa, aku kahwinlah. Aku nak buat macam mana, dah tak ada yang nak masuk meminang... Takan nak pergi paksa orang pula. Merepek betul!!! Kahwin ni bukan perkara main-main. Kena fikir dari banyak sudut. Bukan nak hidup bersama satu hari saja. Kalau boleh mesti nak selamanya. Kalau terburu-buru, takut menyesal kelak. Perkara yang selalu bermain di fikiran setiap kali isu kahwin ditimbulkan: 1. Dah bersedia dengan komitmen baru? 2. Boleh terima kekurangan dan kelemahan pasangan? Kalau kelebihan, sure no problem. 3. Boleh get along dengan keluarga pasangan? 4. Sanggup berkongsi susah senang? 5. Selalunya pasangan yang berkahwin bercerai berai disebabkan faktor kewangan. Ok ke? Mama cakap, itu semua cuma alasan. Terus terang aku cakap, persediaan awal sangat penting. Lebih-lebih lagi persediaan mental. Masa tengah hangat bercinta memang tak terfikir langsung pasal semua ni. Bila dah kahwin, sibuk bandingkan diri dengan orang. Akibatnya? Fikir sendirilah. Aku bukan nak patahkan niat korang yang nak berkahwin, cuma aku rasa perkara ni perlu dipertimbangkan. Semoga kita semua dapat kebahagian dalam hidup. Amin...

Tuesday, February 8, 2011

Kisahnya Sama

Kisah... Korang mesti tertanya-tanya kisah apa, kan? Hmmmm... (mood: touched) Hari ni aku lewat pulang ke rumah. Dalam pukul 7 baru keluar dari pejabat. Sah-sah aku terlewat tengok "Tiramisu" kat TV3. Sampai rumah, jam 7.28 terus aku mengadap TV. Iklan pulak... Aku pun pergilah simpan barang-barang. Ishk, sikit punya panjang da introduction... Baiklah, sambung cerita. Aku tengok cerita Tiramisu setengah jalan. Walaupun begitu, aku boleh agak apa yang terjadi at first half. Bagi yang tak mengikuti cerita ni, biar aku cerita sikit. Cerita ini mengisahkan tentang dua orang kawan yang berkawan sejak sekolah lagi. Terpisah ketika melanjutkan pelajaran setelah tamat SPM. Berjumpa semula setelah sekian lama terpisah. Masing-masing menyimpan perasaan tetapi malu untuk menyatakan hasrat hati. Episod kali ini menyentuh jiwa keras, sejuk dan beku aku. Si Teruna (Dani) telah membuat keputusan untuk mengahwini gadis lain setelah penat berteka-teki sendiri. Manakala Si Gadis (Melur) patah hati. Sedang kedua mereka masih lagi menyimpan hasrat hati. Melihat plot di mana Dani meminta Melur membantunya dalam persiapan perkahwinan membuat aku tumpang syahdu. Aku pernah berada di tempat Melur (I mean situasi Melur). Rasa sakit macam jari tersepit kat pintu. Bengkak tapi tak berdarah. Kalau tak tolong, obvious sangat. Kalau tolong, hati sakit gila! Itu kisah mereka. Kisah aku? Hmmm... Kami berkawan dari sekolah. Masa di sekolah, tak rapat sangat. Rakan sekelas. Tapi boleh kira rapat jugalah sebab duduk dekat-dekat. Bila habis sekolah, kami sambung belajar. Tempat lain-lain. Kemudian dia bekerja. Jauh... Aku sambung ijazah. Walaupun jarak telah pisahkan kami, tapi kami tak terputus hubungan. Setiap kali cuti, dia pasti cari aku. Kami jadi semakin rapat. Semua perkara kami kongsikan. Sepanjang hubungan kami, aku dapat rasa aku dan dia semacam ada perasaan yang sama. Tapi aku keep denying. Aku selalu kata tak mungkin kami suka sama suka sebab aku tak nak cemarkan persahabatan dengan rasa cinta. Bagi aku, sahabat lebih penting dari cinta. Dan masa berlalu. Dia jumpa kekasih hati. Aku pula, patah hati lah!!! Adoi... Nasib tak parah. Bodohkan aku? Agaknyalah, kalau aku cakap kat dia aku syok kat dia, mesti tak sakit macam ni. Walaupun punya kekasih hati, dia masih lagi luangkan masa untuk melepak dan mendengar bebelan aku. Pada masa yang sama, aku pun kenalah dengar luahan rasa dia pasal kekasih hatinya. Part tu, memang aku rasa sebal. Tapi, kawan punya pasal, aku layanlah.... Seperti biasa, masa berlalu dan terus berlalu... Dia clash dengan awek dia!!! Mesti korang rasa aku macam ada peluang, kan? Mungkin. Tapi sebenarnya tak ada peluang. Sebab katanya ibunya dah carikan jodoh untuknya. Time tu aku dah tahap pasrah... Lebih kurang tak kisah kami? Errr... Blur???? Ala... Buat-buat paham je lah... Huuuuuu... Kini, aku masih sendiri. Bukan aku tak nak cari teman, tapi aku takut sakit lama datang lagi. Aku dah keraskan hati. Bukan sebab aku masih dok ingat kawan aku tu (da hilang minat kat dia... penat main tarik tali). Aku bahagia single macam sekarang. Walaupun aku semakin sunyi sebab kawan-kawan dah ramai yang berumahtanggga (dah tak ada masa nak lepak dengan aku macam dulu-dulu), tapi masih ada lagi yang sudi menemani. Siapa lagi kalau bukan rakan sepejabat yang happening???!!! Aku harap sangat ending cerita "Tiramisu" ni best. Mestilah best kot. Drama kat TV jarang ada yang tak best. Entah bila kisah aku nak dapat happy ending macam drama TV kan? Just wishing for the best lah. ********* Monolog: Ayah dan mama dah bising suruh aku cari laki. Aku nak buat macam mana kalau tak ada yang datang meminang??? Hai lah nasib... Tahun depan dah masuk zon bahaya. Kalau tak kahwin, aku kena join geng andalusia... Time tu, aku dah tak perlu fikir kahwin. Cari duit banyak-banyak buat simpanan hari tua. At least, kalau tak kahwin dan beranak, aku tak perlu duduk rumah orang tua. Pathetic... ********* Moral of the story: Jangan ikut cara aku. Kalau dah suka tu, confess je. Tak kisahlah kau lelaki ke perempuan.

Monday, February 7, 2011

Salah Faham...

Mereka sering salah faham Walau bahasaku mudah Mereka mudah salah faham Andaiku diam tanpa madah

Aku Keliru... Celaru...

Ya. Aku memang sedang keliru. Buntu. Jiwa celaru. Azam tahun ni seakan tidak tercapai. Plan mengarut aku memang merepek. Entahlah. Aku bukan nak mengalah cepat sangat tapi boleh predict la... Plan yang samar-samar tu memang hampeh. Kena tukar strategi! Pernah dengar tak statement "never to late?" Well, bg aku belum terlewat lagi untuk aku perbetulkan mana yang patut. Yang penting aku boleh capai gol tahun ni.. Adoi... Kena plan balik semua benda. Tahun ni aku mesti capai 70% dari jumlah gol. Mengikut perkiraan aku, aku mesti settlekan plan cuti dengan kawan-kawan, pastu buat plan untuk keluarga... Pada masa yang sama cuba cari jalan untuk dapatkan income RM50k setahun... Sikit??? Hmmmm.. Tu plan tahun ni. Mana aku nak dapat eh? Ishk, kalau MLM, memang surrender awal.. Aku ingat nak buat kerja part time la... Kerja dari rumah... Kenapa aku nak dapatkan income banyak macam tu??? Sebab aku nak bayar semua hutang yang ada. Lepas tu, aku nak sambung Master. Itu pun kalau layaklah... Kalau tak, aku nak ambil kursus kemahiran. Dapat sijil dan lesen, aku buka perniagaan sendiri. Sampai bila nak jadi kuli, kan??? Yang paling bikin kusut fikiran, soal jodoh. RIMAS!!! Kalau dah belum sampai jodoh, takkan aku beria nak kahwin? Calon pun aku tak ada... Pening betul. Bukan aku tak nak kahwin, tapi aku belum bersedia nak kahwin. Kalau dan sedia, aku kahwinlah. Tak payah nak susah fikirkan untuk aku. Takkan sampai nak buat iklan pula??? Aku belum terdesak... Cubalah mereka semua ni faham.. Biar aku berbakti untuk keluarga dulu. Setakat ini, diri sendiri pun tidak terurus. Belum ada apa yang boleh keluarga banggakan dari aku. Aish... Sabarlah... *********************************** Tidak dinafikan bahawa hati kecil terusik tatkala terlihat bayi comel bersama ibu ayahnya. Namun untuk aku memilikinya, mungkin bukan sekarang... Calon pun belum ada... Nak berangan pun tak ada modal... Tunggu dan lihat sajalah... ************************************ Baiklah, aku nak fikirkan strategi baru untuk capai gol. Banyak juga gol tahun ni. Nite peeps...

Monday, January 31, 2011

Saya Suka Tosei Telur

Hendak dijadikan cerita, semuanya disebabkan kereta masuk bengkel awal Januari 2011... Aku terpaksa tumpang ayah untuk ke tempat kerja. Disebabkan itu, kena keluar rumah seawal 6.45 pagi. Selepas hantar adik di Skypark, ayah kena hantar aku ke pejabat pula tetapi memandangkan terlalu awal, kami berdua akan singgah di Restoran Nasi Kandar Isa berdekatan pejabat ayah(aku dan ayah bekerja di kawasan yang berdekatan). Maka, setiap pagi kami bersarapan di situ (sehingga keretaku keluar dari bengkel). Kalau dah nama pun restoran nasi kandar, haruslah mamak... Di suatu pagi yang damai, aku dan ayah teringin mencuba tosei. Lalu kami pun menemubual pekerja restoran berkenaan tosei. Bukan tak pernah makan, cuma dah lama tak makan tosei. Seingat aku, kali terakhir aku makan islah sewaktu aku bersekolah menengah. Hmmmm... Selesai bertanya itu ini, aku dan ayah setuju untuk cuba tosei pada pagi itu. Tett.. Masam!!! Keesokan harinya... Gigih nak cuba tosei telur. Layan... Tett.. MASAM!!! Selepas itu aku tak pernah pesan tosei lagi. Tadi, tiba-tiba aku rasa teringin nak makan tosei telur. Lalu ku ajak ayah, mama dan adik ke restoran mamak. Kali ini di restoran lain pula. Dengan rasa yang bercampur baur (tak yakin dapat habiskan) aku pesan tosei telur... Perasaan menanti tosei tersebut memang tak tergambar. Aku takut masam (sememangnya aku kureng sikit dengan benda masam). Penantian yang mendebarkan... Jeng... Jeng... Jeng... Tosei telur satu, siap!!! Dengan lafaz Bismillah disertai doa makan, aku pun jamah sikit. Walawei!!! Sedap lah!!! Tak masam sangat... Lepas ni dah tau nak mkan kat mana tosei telur mengikut citarasa aku. Nyum... Nyum... Nyum... Nak tidur pun masih terbayang tosei telur... Heheheh...

Saturday, January 22, 2011

Missing Pieces

My eyes tired already but I'm feeling uneasy. I cannot sleep. It's just like missing pieces. Feeling incomplete.

Wednesday, January 19, 2011

The Untitle

I'm sleepy but hardly can sleep. How I wish someone would singing me lullaby... Hmmmm... C'mon Za... Just close your eyes and stop thinking about yesterday, today or tomorrow... Nite peeps!!!

Friday, January 7, 2011

Komen di Tahun Baru

Sudah genap seminggu berada di tahun baru. Hari ini baru aku perasan ada komen yang di hantar mengenai entry blogku. Lembap. Aku sedikit terusik membaca komentar pengirim. Hmmm... Kufikir tiada siapa yang ingin meninggalkan apa-apa komen di blogku. Maaf kerana komen-komen tersebut tidak dapat aku kongsikan bersama. (privacy la konon) Sahabat, Terima kasih sebab sudi komen. Sayang kau lebih!!! ********************************************************** Tahun ini, aku seperti mahu kurang berangan dan berkhayal mengenai cinta walaupun aku memang kena fikir soal cinta. Untuk 6 bulan pertama, aku mahu mencari kekuatan untuk mempersiapkan diri supaya hati boleh dicintai semula. (macamlah aku pernah dicintai...PRASAN!!!) Untuk 6 bulan berikutnya, aku rasa aku dah bersedia untuk tambah komitmen. Ini saranan ayah. Memandangkan aku kan ANAK AYAH, aku ikut je. Kenapa aku rasa seperti ada yang pelik pasal plan aku ni? Tengok sajalah berjaya atau tidak plan aku yang tak berapa bombastik ni.